terkini dan sensasi

Rabu, 18 April 2012

Emping beras

Assalamualaikum...(^ ^)


Pernah makan emping beras tak?

Sedap tau, tumbuk pastu gaul dengan gula kabung dan kelapa parut. Kalau Mas buat lagi suka kisar bagi hancur sikit emping tu, pastu masukkan gula kabung dan kelapa parut kemudian kisar sekali lagi. Dah siap kisar masukkan dalam loyang kemudian tekan² bagi padat dan boleh makan.

Kalau mengadap emping tumbuk ni memang susah nak berhenti makan, satu loyang boleh habis Mas sorang je. Dulu kalau arwah mak ada, mesti dia selalu buat. Tapi cara tradisional, tumbuk guna lesung kaki. Lagi sedap rasa empingnya.

Tapi sekarang dah lama tak makan, kalau teringin kena balik kampung dan beli kat Pekan Sehari Temerloh. Kat area Selangor ni memang tak pernah jumpa pun orang jual.

Hurmm teringin pulak nak makan, nampaknya kena balik Temerloh cari. 

19 ulasan:

  1. Rm3 berapa kilo tu kak?

    tak pernah makan lagi.

    BalasPadam
  2. auwww..lama tak makan rendam dlm santan manis..hihi

    BalasPadam
  3. owh yeke.xpenah mkn lagik.rasa cm oat ke?

    BalasPadam
  4. Tak pernah makan pulak.sedap ye..bilalah boleh rasa ni kan..memang susah nak cari kalau bukan di tempat sendiri.tempat sendiri dah biasa,dah tahu nak cari mana..harap2 dapat akak dapat jumpe emping ni

    BalasPadam
  5. kak mas..kite tak pernah rasa benda ni lagi huhuhu..terasa ketinggalan zaman pulak ;p

    buatkan skit..nak rasa blh? hahaha tak patut suruh org preggy buatkan ;p

    BalasPadam
  6. deno pernah makan... abah deno suka sgt la emping nie

    BalasPadam
  7. bunyiknye mcm sdp ni..hehe..follow sini=)=)

    BalasPadam
  8. tak pernah makan pulak ni..selalu makan emping yang pahit-pahit rasanya tu..

    BalasPadam
  9. assalamualaikum mas...emping beras ni mmg sedap kalau mkn ngan kelapa best...:)

    BalasPadam
  10. itu harikan mas... ayu dapat emping dr blogger mak long...
    ayu kukus, boh dgn kelapa....
    boh gula, garam.. peehhhhhhhhhhhhhh angkat ibu jari.. sedap

    BalasPadam
  11. apa jenis makanan ni kak mas??? tak pernah tahu. n tak pernah makan punnnnn hehe...

    mknn org2 pahang eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat pahang memang popular makanan ni.. tempat lain tak tahulah!

      Padam
  12. tak pernah rase lagi emping beras tu.. sedap ke kak mas?? nak satu.. hehehehe :)

    BalasPadam
  13. kak mas beli kat mana? susah nya nak cari org jual skrg ni..sy suka jgk makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak biasanya kena balik Temerloh kalau nak beli..
      kat Selangor ni tak pernah jumpa pun!

      Padam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com