terkini dan sensasi

Ahad, 1 April 2012

Diskaun 30%

Assalamualaikum...(^ ^)


Pertama kali Mas makan kat kedai makan ada diskaun, macam beli baju kat pasaraya je. Tengahari tadi Mas lunch kat sebuah restoran kat Bangi, pertama kali Mas makan kat sini. Maaflah sebab Mas lupa nak ambik gambar restoran dan nama kedai pun Mas tak tahu, hehehee! Jadi tak dapatlah nak tunjukkan lokasi sebenar restoran tersebut. Bukannya sengaja, tapi memang lupa sangat!

Menariknya tentang restoran ini ialah selepas jam 3 petang pelanggan akan dapat diskaun 30% atas setiap makanan yang mereka makan, tak kiralah apa jenis makanan sekali pun. Bagi Mas bagus cara pemilik restoran ni, sekurang²nya mereka dapat menarik minat para pelanggan untuk datang lagi ke restoran mereka. Memang strategi yang bagus!

Lauk pauk yang disediakan boleh tahan, semuanya sedap dan memikat selera. Yang paling sedap semua lauk pauknya masakan kampung.

Memang lain kali Mas akan datang makan lagi kat restoran ni, masa tu Mas akan kongsikan dengan kawan² nama dan lokasi sebenar restoran ni. Mas janji, hehehee!

9 ulasan:

  1. hehehe..mula mula tengok tajuk.ingatkan sale shopping..sale makanan rupenya.

    idea yang kreatif.
    sure dapat sambutan.
    kadang tu terfikir jugak. berapa sangatla untung yang dia dapat.

    BalasPadam
  2. Woahhhh!!
    Menarik ni Kak Mas!
    Excited ary membaca nya..
    Nak try gak lah..
    Kak Mas cerita lah next time eh^^

    BalasPadam
  3. fiza pun tak pernah dengar makan ada diskaun..banyak tu 30%.ok,fiza tunggu info dari akak nanti ye..leh jugak try makan kat situ kalau berkesempatan.

    BalasPadam
  4. aik ada diskaun....mmg pelik tu

    BalasPadam
  5. lepas ni mesti jd ikutan kat tmpt lain..strategi yg bagus =)

    BalasPadam
  6. tu ler kan kak. 1st time gak zie dgr kedai makan ada diskaun bagai. hehe

    BalasPadam
  7. assalamualaikum mas...wah best gak kalau ada restoren yg mcm tu....mesti ramai yg dtg makan kat situ...:)

    BalasPadam
  8. wah makan pun ada discount. bagusnya!!! :D business planning yg bagus ! :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com