terkini dan sensasi

Jumaat, 7 Disember 2012

Si bunga Airis

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah, hari ni genap umur Airis 14 hari. Kejap je masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik, sedar² nanti Airis dah sebulan.

Tumbesaran Airis sangat memberangsangkan. Selepas baik dari kuning hari tu, dah takde masalah lain. Mas harap² Airis dapat membesar dengan sihat dan aktif. Syukur jugak sebab Mas tak hadapi banyak masalah menjaga Airis, tidur malam pun dia tak banyak meragam. Hanya bangun untuk menyusu sahaja setiap 2 jam sekali, waktu siang pun camtu.

Kakak dan abangnya pun seronok bila adiknya bangun tidur, itulah masanya mereka boleh main² dengan adik. Tapi kalau adiknya tidur lama sikit mulalah dikacaunya. Nak bagi adiknya jaga supaya dapat main, hehehee!

Begitulah mereka sejak ada adik, seronok sangat! Kalau boleh 24 jam nak berkepit dengan adik. Mas dan husband pun rasa gembira sangat, maklumlah dan lama takde anak kecil. Walaupun penat terpaksa bersekang mata setiap malam tapi ianya satu saat yang indah.

Jom tengok gambar² si bunga Airis.






11 ulasan:

  1. SALAM...

    TAHNIAH DAH SELAMAT BERSALIN...COMEL BABY AIRIS

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas....sekejap jer masa berlalukan dah besar pun airis ni n tembamnya die...:)

    BalasPadam
  3. Tahniah mas..bulat betul si airis ni kan...

    BalasPadam
  4. ohhhh akk dh bersalin ke.tahnoah kak.welcome airissss.comels sgt awak neh.bam bam.

    BalasPadam
  5. gambar tdo je kak.hehe.. 1 je pic buka mata. haih bambam betul airis ni...geram tgk

    BalasPadam
  6. tahniah kak mas.. lepas ni update blog penuh ngn citer bb la kan.

    selamat berpantang ye..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com