terkini dan sensasi

Khamis, 6 Disember 2012

Saat melahirkan Nur Airis Arissa

Assalamualaikum...(^ ^)

I'm back!

Lama benar dah tinggalkan blog, entah ada entah tidak lagi pembaca yang sudi berkunjung. Tapi nak buat camne, semangat berblog makin merundum. Bukan tak sayangkan blog tapi tengah tercari² mood menulis kembali. Alhamdulillah, hari ni mood tu datang kembali, harap² tak hangat² taik ayam!

Mas menulis hari ni untuk berkongsi dengan kawan² pengalaman terindah melahirkan puteri baru Mas. Jom baca kisah saat melahirkan Nur Airis Arissa.


Jam 2 pagi pada 24/11 Mas terjaga dari tidur dan masa tu dah terasa perut sakit. Dalam hati terdetik, dah sampai ke masa nak melahirkan. Mas bangun dan masih mampu menahan sakit sebab ia hanya datang ½ jam sekali. Tapi dalam hati dah risau sebab husband takde kat rumah, dia bekerja.

Tepat jam 3 pagi Mas telefon husband suruh dia balik, risau jugak sebab apa pun boleh berlaku kan? Tapi husband beritahu tak dapat balik sebab hujan lebat waktu tu. Mas paksa jugak dia balik dan suruh pinjam kereta kawan dia, dan hampir jam 4 pagi husband sampai di rumah. Terus dia tanya nak pergi hospital tak? Mas tak mahu lagi sebab sakit belum kerap, jadi kami masuk tidur dulu.

Jam 6.30 pagi Mas tersedar sebab perut rasa sakit, terasa nak buang air besar. Pergi ke tandas dan hajat dilepaskan, kemudian sambung tidur semula. Tiba² dalam tidur tu terdengar bunyi 'pop' dan seluar terasa basah. Ya Allah, air ketuban dah pecah! Terus jerit panggil husband dan saat itu terasa sakit yang teramat sangat, ambik apa yang patut terus gerak pergi ke Hospital Serdang.

Dalam perjalanan ke hospital memang rasa nak bersalin sangat dah, tapi Mas cuba kuatkan semangat dan berdoa supaya sempat sampai ke hospital. Risau jugak terbersalin dalam kereta. Sampai di Dewan Bersalin terus masuk dan nurse suruh baring atas katil, masa tu sakit memang tak boleh ditahan dah. Bila baring terus terasa kepala anak dah nak terkeluar, jerit pada nurse.

Bila nurse datang dia tengok memang dah nampak kepala, dia minta Mas kepit dan jangan teran dulu. Berlari² mereka tolak Mas ke labor room. Sampai di labor room nurse masih suruh Mas kepit dan jangan teran, tapi Mas cakap dah tak boleh. Terus Mas kangkang dan zuppppp lahirlah Nur Airis Arissa, spontan dan sepantas kilat. Tanpa teran, tanpa digunting dan tanpa sempat nurse buat apa².

Alhamdulillah, lega Mas rasa. Dengan mudah dan selamat Mas melahirkan dia. Sangat baik anak mama sebab tak banyak menyusahkan mama. 24 November 2012, tepat jam 8.00 pagi lahirlah Nur Airis Arissa yang beratnya 3.62 kg. Semangat anak mama!

Itulah serba sedikit pengalaman Mas melahirkan, satu pengalaman yang memang tak dapat dilupakan oleh ibu² kan? Walaupun terpaksa menanggung kesakitan yang teramat sangat tapi setelah anak yang dikandung selamat dilahirkan, kesakitan itu lenyap terus. 

16 ulasan:

  1. ya Allah kak. gugup jantung saya baca post ni. gulp. debar2 pulak. alhamdulillah akak lahirkan dengan smooth. syukur alhamdulillah.terus keluar baby. comel pulaktu macam mama diaaa ! hehe , nama dia sedap nya ! :D akak jaga diri ok dalam pantang. nanti update banyak2 pasal baby ok :)

    BalasPadam
  2. :') indahnya pengalaman itu.... Tahniah ibu airis...

    BalasPadam
  3. kak mas, berdebar kita baca tau..haha..punyela semangat airis arissa ni tapi senang je akak lahirkan dia thee

    ada pape petua atau pape akak makan ke, senang je akak lahirkan arissa..sheshare la ;)

    BalasPadam
  4. senang nya...kan??/
    tahniah..kejap je rasa..
    baru hari ni tau mas dah besalin..ingt kan lambat lagi..
    sedap nama..seronok la kakak nya...hehhe

    BalasPadam
  5. senang nyer Arissa keluar :) boleh bg tips x cmne nk senang bersalin? fiq dh start nervous dh ni :(

    BalasPadam
  6. Ya Allah...seram...apa2 pun tahniah kak :) comel anak akak :)

    BalasPadam
  7. Tahniah kak...alhamdulilah dipermudahkan...sy nie masih truma....

    BalasPadam
  8. alhamdulillah..tahniah kak... doakan utk saya juga k :)

    BalasPadam
  9. haih sngnye akak bersalin.doakan sy jugak mudah bersalin mcm ni ye kak....skrg bru 6bulan..hihi..lagi 3bulan lbh utk bb ni kua lihat dunia :-)..

    comel anak akk, mmg bambam..pp dia tu rasa nak gigit2 je hihi

    BalasPadam
  10. Tahniah Kak Mas. Alhamdulillah, Allah permudahkan Kak Mas untuk bersalin. Selamat berpantang dan untuk baby Arissa, semoga menjadi anak yang solehah ye.

    BalasPadam
  11. wah.. mmg lama mas menyepi.. welcome back..:)

    dan tahniah selamat melahirkan baby yg cute tuh..

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah selamat sudah semuanya..tahniah kak.Airis comel!

    BalasPadam
  13. first time singgah blog ni

    ya allah senang nyer awak bersalin
    comel je baby

    tahniah yer

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum mas....senang sungguh n dpt baby comel plak tu...;)

    BalasPadam
  15. wahhhhh lagi senang tayah push2 dah hehe..
    dah anak ke 3 so Allah permudahkan yang ke 3 ni.. Alhamdulillah...
    anak semangat tuuuuu... :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com