terkini dan sensasi

Jumaat, 9 Januari 2015

Banjir 2014 : Day 4 | 28 Disember

Assalamualaikum...(^ ^)


Hari keempat banjir di Temerloh semakin buruk, homestay yang kami menumpang telah dinaiki air. Jadi kami kena berpindah lagi dan menumpang di rumah penduduk kampung. Memang kami bertuah ada penduduk yang sangat baik hati, kalau tak kami tak tahu nak tidur kat mana. 

Jalan dari kampung Mas nak ke bandar Temerloh jugak telah ditenggelami air, memang terputus sudah jalan nak ke bandar. Terus Mas, husband, kakak dan adik terperangkap di kampung. Kami tak dapat balik ke rumah masing² kerana laluan nak ke KL di highway telah ditenggelami air. 

Memang keadaan masa tu sangat sukar. Dahlah jalan nak ke bandar terputus, bekalan eletrik pun tiada, bekalan makanan makin berkurang dan barang bantuan pun belum dapat. Mas lagilah rasa risau sebab bekalan diapers dan susu Airis dah sedikit.

Sebelah petang Ahad tu barulah kami dapat bantuan dari pihak berwajib, dapatlah tampung sedikit bekalan makanan yang hampir habis. Pagi macam biasa sarapan cekodok cicah sardin, tengahari nasi dengan sardin jugak dan malam pulak masak maggi je. Alhamdulillah syukur dengan rezeki itu!

Inilah keadaan rumah penduduk kampung, semua nampak bumbung je. Memang banjir paling dahsyat melanda kampung Mas tahun 2014 ni.






Ini pulak keadaan rumah Mas hasil tinjauan petang Ahad tu. Sedih tengok, nampak bumbung je.






2 ulasan:

  1. harap semua selamat.... dan tabah hadapi dugaan......................

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com