mrs secretary

Sabtu, 10 Januari 2015

Banjir 2014 : Day 5 | 29 Disember

Assalamualaikum...(^ ^)


Hari kelima banjir masih tidak menunjukkan apa² perubahan, air semakin naik dan keadaan banjir di bandar Temerloh jugak semakin buruk. Hampir lumpuh semua operasi perkhidmatan di bandar kerana tiada bekalan elektrik.

Di kampung Mas pun sama, air semakin naik cuma agak perlahan berbanding hari² sebelumnya. Tapi kami bernasib baik sebab kawasan yang kami tinggal ni agak tinggi jadi lambat sikit dinaiki air. Cuma yang merisaukan kami bekalan makanan semakin berkurangan. Jadi pagi tu husband Mas dan beberapa orang penduduk kampung terpaksa pergi ke bandar menaiki bot menyusuri sungai untuk mendapatkan bekalan makanan dan bekalan lilin.


Tapi alhamdulillah, pada sebelah petang kami menerima barang bantuan dari pihak NGO. Syukur sangat! Ada barangan keperluan harian, pampers, susu formula, ubat-ubatan, lilin dan pelbagai lagi. Dapatlah Mas restock balik susu dan diapers Airis yang hampir habis. Penduduk kampung pun dapatlah bekalan makanan yang boleh bertahan selama 2 minggu.

Walaupun banjir tapi ada jugak aktiviti yang menyeronokkan iaitu pesta menjala ikan. Sekitar kampung Mas ni memang banyak projek sangkar ikan. Akibat banjir ni banyak sangkar yang musnah dan ikan² sangkar lepas bebas dalam air banjir, jadi bila menjala banyaklah dapat terutama ikan patin dan talapia. Dapatlah buat lauk makan tengahari. Untuk pengetahuan kawan² kami masak secara bergotong-royong dan makan beramai², seronok!



Anak² muda pun seronok mandi air banjir, jarang mereka dapat rasa pengalaman camni. Mas pun seronok dapat ronda² naik bot yang didayung oleh husband. Tapi walaupun seronok keselamatan tetap dititik beratkan, itu lebih penting!



1 ulasan:

  1. Family akak semua okay?hopefully semuanya sihat n selamat...takziah atas bencana yang menimpa.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com