terkini dan sensasi

Rabu, 14 Januari 2015

Banjir 2014 : Day 9 & 10 | 1-2 Januari 2015

Assalamualaikum...(^ ^)

Masuk tahun baru 2015, keadaan banjir semakin pulih. Walaupun air surut perlahan² tapi kami sangat bersyukur kerana akhirnya banjir surut.





1 Januari kami masih menumpang di homestay penduduk kampung sebab air belum surut sepenuhnya, rumah pun baru nampak separuh. Sebelah petang dok layan anak² main dalam bot, anak² Mas memang teruja sangat maklumlah pertama kali terlibat dengan banjir. Tapi Mas bagi mereka main dalam bot je, air banjir memang dilarang main sebab masa surut ni air kotor. Pastu satu lagi paling syok ialah menjala ikan bila air dah surut. Tengoklah ikan yang penduduk kampung dapat, besar! Kami siap beli 3 ekor untuk buat lauk, puas makan.

2 Januari baru air surut dengan cepat, sebak dan sayu tengok kesan² selepas banjir terutamanya rumah² orang kampung. Husband Mas balik tengok rumah tapi belum boleh dicuci kerana air dalam rumah masih paras lutut. Husband hanya angkat barang² yang rosak dan buang, memang sedih tengok keadaan dalam rumah. Tunggang langgang semuanya dilanggar tsunami kecil, Masya Allah!

Inilah gambar keadaan kampung Mas selepas surutnya banjir, sedih!







2 ulasan:

  1. salam mas..speechless.. semoga mas dan orang orang kampung tabah dan diberi kekuatan untuk menghadapi banjir..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...sedihnya tengok rumah2 yg dah telah dibanjiri air tempoh hari ni...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com