Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 1 Februari 2015

MAGNUM Putrajaya

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni bawa anak² ke IOI Mall Putrajaya, bagi mereka gembira sebab semalam rehat kat rumah je. 


Sampai kat IOI nampak restoran Magnum. Selama ni asyik tengok orang update kat Facebook, jadi nak cubalah makan aiskrim yang dah dipelbagaikan. Bila tengok menu rupanya aiskrim tu cuma dihias dengan pelbagai jenis toping yang kita boleh pilih serta coklat cair. Aiskrim pun mereka gunakan Magnum Mini dan toping pulak mereka hanya letak 3 bahan sahaja. Harga boleh tahanlah mahal, memang tak berbaloi. Kalau beli sendiri dan buat sendiri di rumah lagi sangat berbaloi! 


Tapi walaupun mahal memang ramai orang beratur nak beli, mungkin mereka pun tak tahu harga semahal tu. Bagi Mas cuba sekali sudah memadai, lepas ni tak dah. Lebih baik beli Magnum Almond yang baru harganya rm4.50, lagi puas makan.

Dipamerkan aiskrim yang kami beli dengan harga RM9.90 satu. Setiap aiskrim ni ada namanya tersendiri tapi Mas dah lupalah namanya, hehehee!



2 ulasan:

  1. ramai betul beratur..Kat Magnum ni tak sah kalau tak tengok orang beratur..huhu

    BalasPadam
  2. hanya mampu tgk dari jauh. hehe. beratur panjang sgt, tak sanggup den. hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com