Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 4 April 2015

Hijabey 2015

Assalamualaikum...(^ ^)


Berkesempatan jugak ke event Hijabey 2015 di IDCC Shah Alam. Selesai je di kenduri kahwin sahabat blogger Iffah Afeefah terus gerak ke Shah Alam.

Sampai di IDCC Mall, Mas daftar dulu sebagai blogger di booth pendaftaran. Masa pendaftaran mereka mintak name card, dahlah lupa bawak. Cari dalam handbag ada sekeping, nasib baik!



Selesai pendaftaran terus masuk dan ke booth Adijuma. Teringin jugaklah nak beli tapi kena ambil nombor, masa tu nombor dah habis. Tiba² ada kakak yang baik hati bagi nombor pada Mas. Jadi dapatlah beli 3 helai Adijuma, puas hati!



Memang banyak booth di sini yang jual pelbagai jenis pakaian dan tudung, jual produk kecantikan dan makanan pun ada. Tak ketinggalan jugak booth dari artis² terkenal. Mas dapat jumpa 2 orang artis iaitu Anita Baharom dan Zack Taipan. Kedua²nya peramah dan sudi bergambar walaupun penat. 


Satu lagi yang menarik ialah photobooth promo oleh Alan Graphy Studio. Hanya dikenakan bayaran RM10 dah mereka akan ambik dan cetak gambar kita.

Jadi memang menarik di Hijabey 2015 ni, paling seronok untuk pencinta jubah dan tudung. Memang banyak dijual dengan harga yang berpatutan. Pada kawan² yang nak ke sana, esok hari terakhir tau. Jadi jangan lupa datang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com