Assalamualaikum...(^ ^)
Terlebih dahulu tahniah pada Shaheizy Sam kerana sekali lagi dinobatkan Bintang Paling Popular. Tak sangka pulak dia yang menang, sebab semalam tak tengok sampai habis pun.
![]() |
gambar dari FB HotFM |
Biasanya memang Mas ternanti² nak tengok ABP ni. Tapi semalam baru tengok separuh jalan dah terasa bosan, hambar je! Dengan pengacara yang tak berapa menarik dan menghiburkan lagilah jadi hambar, nama je anugerah berprestij. Patutnya pihak ABP lebih peka dalam memilih pengacara bagi anugerah sebegini. Bukan nak kata mereka yang mengacara tu tak bagus tapi perlulah yang lebih menaikkan seri anugerah, gitu!
Yang menarik cuma persembahan komedi dari Yassin dan Bocey, memang terbaik! Habis je terus tidur jadi persembahan lain memang tak sempat tengok.
Untuk yang menang, Mas tak nak komen sebab itu pilihan peminat. Tahniah kepada yang menang!
Ini keputusan penuh untuk ABPBH 2014.
Bintang Paling Popular - Shaheizy Sam
Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular - Siti Saleha
Penyanyi Lelaki Popular - Akim
Penyanyi Wanita Popular - Adira
Pelakon TV Lelaki Popular - Shah Iskandar
Pelakon TV Wanita Popular - Nad Zainal
Artis Berkumpulan Popular - Akim & The Majistrate
Artis Komedi Lelaki Popular - Abam Bocey
Artis Komedi Wanita Popular - Didie Alias
Artis Baru Lelaki Popular - Hafreez Adam
Artis Baru Wanita Popular - Ayda Jebat
Pengacara TV Lelaki Popular - Datuk Aznil
Pengacara TV Wanita Popular - Neelofa
Pengacara Radio Lelaki Popular - Johan
Pengacara Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
Anugerah Sepanjang Hayat - Tan Sri SM Salim
Harap ABPBH 2015 lebih menarik, segah namanya!
memang hambar pon. just lawak bocey tu ada la jugak serinya. Walaupun intro bg aku memang best , tp bila da lama2 tgk macam haramjaddah plak.
BalasPadamx tau la cakap camne sebab gimi pun tak tengok abpbh 2015, dah makin tua ni waktu tidur pun makin cepat..
BalasPadam