Terkini dan Sensasi

Jumaat, 17 April 2015

Program Zikra 'Jelajah Kasih Asnaf' 2015 [part 2]

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ini Mas sambung kisah kembara Zikra 2015 bersama LZS. Sesungguhnya sangat seronok dapat bersama² Asnaf yang menerima bantuan, walaupun kami hanya dapat meluangkan masa lebih kurang 20 minit sahaja bersama mereka.

Kembara ke 3 : Destinasi terakhir
Selesai menjamu selera kuih-muih di rumah Encik Jali, konvoi bergerak ke Kg. Sijangkang, Teluk Panglima Garang. Di sini pihak LZS menyerahkan bantuan modal perniagaan dan bantuan kaki palsu kepada Encik Saharune Abdul Kadir. 

Encik Saharune mengusahakan perniagaan sate bagi menyara kehidupan isteri dan anak². Beliau jugak seorang OKU yang tiada sebelah kaki sejak lahir. Selama ini beliau menggunakan kaki palsu yang dibuat sendiri dari kayu pokok nangka.

Sebak melihat pengorbanan beliau demi keluarga, tak sedar airmata menitis. Dengan bantuan dari LZS dapat beliau membesarkan perniagaan satenya.



Kembara diteruskan ke Pusat Jagaan Warga Emas di Seksyen 30 Shah Alam. Di pusat jagaan ini terdapat seramai 52 orang warga emas yang boleh mengurus diri sendiri. Banyak kemudahan disediakan untuk mereka. Sayu rasa hati melihat mereka, terkenang arwah abah dan mak.



Kembara kami berakhir di Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi. Di sini terdapat pelajar dari tingkatan 1 hingga 5. Seronok tengok pelajar di sini menghafaz surah² Al-Quran, moga mereka jadi insan ilmuan yang berguna!



Terima kasih sekali lagi pada LZS atas peluang ini, satu yang tidak akan dilupakan. Terima kasih jugak pada rakan KBBA yang turut serta. Moga kita dapat sebarkan kepada masyarakat tentang peranan LZS dalam menyalurkan wang zakat yang dibayar, barulah mereka tahu ke mana wang itu disalurkan.


3 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...seronoknya dpt pi join sekali...:)

    BalasPadam
  2. baguslah ada program macam ni dapat membantu mereka yang memerlukan

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com