Terkini dan Sensasi

Isnin, 20 April 2015

Review filem Fast 7 : Awesome!!

Assalamualaikum...(^ ^)

Yeayyy lompat bintang! Dapat jugak akhirnya menonton filem terhebat ni. Kata peminat setia filem Fast & Furious, jadi mana boleh tak tengok.


Sinopsis filem
Filem kali ni berkisar kepada pembalasan dendam oleh abang kepada Owen Shaw terhadap Dom dan kawan²nya di atas kematian adik beliau.

Review Fast 7
Bagi Mas filem kali ini lebih gempak dengan aksi² lasak yang kita tak duga. Memang pengarah filem berjaya membuat penonton seperti Mas ni kagum dan ternganga mulut melihat aksi yang super hebat tu. Terutamanya aksi kereta terjun dari kapal terbang dan aksi Dom terbangkan kereta dari bangunan ke bangunan. Memang hebat!

Satu lagi yang menarik ialah watak Roman yang sangat mencuit hati, memang gelak ketawa bila tengok lakonan dia. Watak dia kelakar dari awal hingga akhir episod, hehehee!

Ada jugak babak yang sangat menyentuh hati di akhir cerita bila mana Dom disangka mati. Mas memang bercucuran airmata tau, menangis teresak². Nasib kiri kanan takde orang, huhuhuu!

Tribute kepada Paul Walker pun sedih! Memang pengakhiran cerita ini sangat menyentuh hati. 

Mas bagi 12 bintang sebab sangat terbaik!

6 ulasan:

  1. wow... mas sampai menagis mesti best film ni...

    BalasPadam
  2. Hmm teringin nak tgk cerita ni tapi belum ada kesempatan lagi .. mungkin lain kali.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...mmg bestkan cite ni...:)

    BalasPadam
  4. Tak tengok lagi cerita ni..huhu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com