mrs secretary

Rabu, 3 Jun 2015

Shopping baju raya

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah gaji bulan Mei dapat tunggakan kenaikan gaji, rezeki Allah! Dapatlah Mas guna duit tu untuk shopping baju raya. Kena shopping awal, kalau tak nanti habis ke lain je duit. 

Raya tahun ni memang Mas bercadang satu keluarga berjubah. Lagi pun tahun ni memang trend berjubah kot. Sebabnya banyak online shop jual jubah untuk wanita, lelaki dan kanak². 


Kali ni Mas shopping di Kenanga Wholesale City. Pertama kali pergi, kawan pejabat yang beritahu pakaian kat sini murah. Jadi kena terjah sendiri untuk lihat murah atau tidak. Banyak jugak pilihan pakaian di sini dan harga pun agak berpatutan.

Hampir 1 jam tawaf dapat jugak jubah yang berkenan di hati. Paling seronok sebab jubah ni ada saiz untuk Airis sekali. Apa lagi terus beli 3 pasang untuk Mas, Ika dan Airis. Harus sedondon kau! 

Ini jubah kami 3 beranak. Warna tema tak boleh bagitau lagi, kena tunggu raya. Baru suprise kan? Tudung raya pun dah beli. Senang siapkan awal, baru senang hati.


Jadi selesai dah baju untuk kami 3 beranak, tinggal baju husband dan Arfan je. 

5 ulasan:

  1. haaaa.. idea.. nak p soping sini jugak la.

    BalasPadam
  2. sama jugak nak pi shopping sini..taun lps pun shoping jubah jugak..

    BalasPadam
  3. wah..rezeki tu kak mas naik gaji... yoorin pon plan nak shopping kat sini jugak nak beli kuantiti banyak kan untuk keluarga sekali..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...senangkan dah siapkan awal2 lagi...:)

    BalasPadam
  5. wahhh tema warna apalah tu kan..senang dah prepare awal ni

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com