terkini dan sensasi

Selasa, 7 Julai 2015

Diet saya ketika berpuasa

Assalamualaikum...(^ ^)

Perlu ke nak berdiet di bulan puasa? Bukan ke boleh kurus sebab siang tak makan. Bagi Mas perlu untuk kekalkan berat badan ideal.

Memanglah kita berpuasa dan tak makan pada waktu siang. Tapi jika kita tak boleh kawal nafsu makan, memang ke lautlah diet kita. Siang puasa tapi malam makan macam seminggu tak makan. Makanan manis, masin, berlemak dan berminyak semua kita tibai. 

Pastu dok bising kenapa berat tak turun². Dah 20 Ramadhan, makin naik berat. Jadi ingat, kena kawal makan walaupun berpuasa.


Diet Mas ketika berpuasa
Mas kawal pengambilan nasi, seminggu sekali je ambik. Mas lebihkan makan protein dan sayur-sayuran. Kalau berbuka dah makan nasi, sahur Mas cuma makan kurma. Lebih mengenyangkan! 

Kedua Mas kurangkan minum air manis. Kalau teringin nak minum biasanya berbuka Mas akan minum secawan milo kosong. Kemudian minum air kosong je!

Ketiga Mas lebihkan makanan yang penuh dengan serat kerana ia kenyang lebih lama. Contohnya oat, cereal dan buah-buahan.


Itu saja yang Mas amalkan, 20 Ramadhan dah 3kg berjaya dikurangkan. Bukan cara mendadak tapi cara yang betul dan sihat.

4 ulasan:

  1. ida skrg ni asyik laa termiss sahur kakk... huhhuhu automatik diet takk kirenye ahahhahaha

    BalasPadam
  2. terbaiklah kak..fiza ni bulan puasa kena minum air manis je berbuka tu..huhu

    BalasPadam
  3. masa awal2 puasa kekonon diet, tp last2 ni langsung tak menjadi. hehe

    BalasPadam
  4. wahh tahniah, kena disiplin diri je, kalau tak memang tak dpt result yg diinginkn.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com