Assalamualaikum...(^ ^)
Hari ni sampai Khamis Atikah ada percubaan UPSR. Mamanya memang dari semalam dah risau walaupun anak yang nak periksa. Macam² nasihat, panduan dan tunjuk ajar dah bagi kat dia. Harap semuanya dipermudahkan dan dia dapat jawap soalan dengan baik.
Setiap peperiksaan itu penting, tak kiralah ujian bulanan ke, percubaan ke atau peperiksaan sebenar. Mas selalu ingatkan Atikah walaupun percubaan kena anggap ia seperti peperiksaan sebenar. Barulah lebih bersedia untuk jawap semua soalan.
Lagi pun percubaan inilah persediaan untuk hadapi UPSR sebenar nanti. Jika dapat keputusan cemerlang dalam percubaan, tentu dia lebih yakin dan bersemangat nak jawab soalan UPSR. Satu lagi keputusan percubaan boleh dijadikan tiket untuk memohon ke sekolah asrama penuh jika cemerlang.
Jadi galakkan anak² pandang serius dengan setiap peperiksaan. Itulah permulaan untuk kerjaya mereka di masa hadapan.
GOOD LUCK KAKAK, BUAT YANG TERBAIK!
good luck
BalasPadammemang betul tu kak..setiap exam tu penting untuk mengukur sejauh mana pretasi kita..apepun good luck untuk kakak Atikah :)
BalasPadam