Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 4 Julai 2015

Pilihan buku untuk Airis

Assalamualaikum...(^ ^)


Kanak² seusia Airis ni perlu dipupuk minat mereka terhadap bahan bacaan seperti buku. Kalau tak disemai minat tu dari kecil mungkin dah besar nanti anak² tak endahkan buku.

Pilihan buku untuk Airis
Alhamdulillah Airis ada tunjukkan minat terhadap buku. Kalau Mas belikan buku dia teruja nak tengok. Biasanya pilihan buku untuk kanak² seusia Airis ni lebih kepada buku bergambar dan berwarna warni. Baru dia berminat nak tengok dan belajar!


Airis ni dia ikut mood jugak bila nak baca dan belek buku² dia tu. Kalau Mas paksa dan ajak dia baca biasanya dia tak nak. Jadi Mas tunggu dia yang ajak sama² baca. Masa tu memang seronok dia baca, macam² ditanya dan macam² dia nak tahu.

Yang pastinya dia dah boleh kenal ABC dan 123. Pastu bila Mas tanya dia, ini gambar apa dia boleh kenal. Walaupun sebutan tak berapa lancar tapi dia tahu, Mas pun teruja nak terus ajar dia. 



Jadi sebagai ibu bapa jangan kedekut nak beli buku untuk anak². Pilih buku yang sesuai dan boleh tarik minat mereka untuk membaca.

3 ulasan:

  1. Saya setuju. Memang tak boleh nan berkira sgt dlm hal2 pendidikan anak2

    BalasPadam
  2. seronok tengok budak² suka buku..macam fiza suka belikan buku untuk anak² buah..lepas tu ajar dia :) bagus untuk perkembangan budak² :)

    BalasPadam
  3. bila anak-anak dah besar skit ni, saya dan suami prefer bawa anak-anak ke kedai buku n biar mereka pilih sendiri buku yang mereka suka. tapi percayalah, buku komik pun takpe,,ini just untuk bagi mereka suka membaca je dulu. Then step-by-step kita add up dengan buku ilmiah. InsyaAllah minat membaca tu akan lagi cepat dipupuk :-)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com