terkini dan sensasi

Jumaat, 10 Julai 2015

Sehari tanpa internet

Assalamualaikum...(^ ^)

Boleh ke kawan²?

Kalau Mas boleh je. Setakat Facebook dan Instagram, Mas boleh lagi. Sebab jarang sangat update status, selalunya kongsi gambar je. Tapi kalau blog memang kena tengok jugaklah, sebab kena update setiap hari. Begitu jugak dengan whatsapp, kena online setiap hari. Maklumlah zaman teknologi ni semua berhubung melalui internet.


Kita pun tahu internet boleh melekakan. Mas pun kadang terleka jugak kalau terlampau asyik. Kadang sampai si Airis yang kecik tu pun pandai tegur, siap cakap "Mama jangan main telefon!" Haaa tengok kan dah kena mama sebijik.

Jadi memang bagus kalau kita amalkan sehari tanpa internet. Dalam seminggu tu 1 hari je kita jangan online Facebook, Instagram, dan Twitter terutamanya. Pastu seeloknya hari minggu, sebab boleh kita lebihkan masa yang berkualiti bersama anak² dan keluarga. Masa itulah kita boleh tanya anak² mengenai hal sekolah dan peribadi mereka serta boleh berbincang hal keluarga bersama suami. Bukan lama pun, pastu bila dah tengah malam bolehlah online sekejap sebab anak² dah tidur kan?

Masa berkualiti dengan anak² dan keluarga tu sangat bermakna. Jadi jangan disebabkan internet kita leka dan abaikan mereka. Tak rugilah kalau sehari kita tak hadap internet tu.

Jom sehari tanpa internet!


6 ulasan:

  1. tu la mas rasa cam susah juga tak ada internet,tapi masa untuk keluarga tu memang penting..

    BalasPadam
  2. kalau fiza ta boleh kak..sebab kerja memerlukan internet..kalau takde memang susah..huhu

    BalasPadam
  3. Boleh kot..time weekend.

    BalasPadam
  4. Memang bagus buat macam ni. Anak2 perlukan perhatian kita

    BalasPadam
  5. biasa saja... hidup mcm biasa...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum mas...terasa juga bila x ada tapi nak buat mcm mana kalau dah terpaksa kn...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com