Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 11 Julai 2015

Restoran Rumah Thai

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila dah penghujung Ramadhan kita makin buntu nak masak apa kan? Mas pun camtu, hari² takde idea apa nak masak. Jadi berbuka di luarlah jalan penyelesaiannya. Bukan selalu tapi sekali sekala bertukar selera, jemu jugak hari² makan masakan sendiri.


Buka Puasa di Restoran Rumah Thai
Jadi Restoran Rumah Thai menjadi pilihan Mas kerana teringin nak makan masakan thai yang sedap dan boleh buat perut Mas bersorak gembira, hehehee!

Restoran ini dulunya terletak di Taman Melati tapi kini telah berpindah ke Taman Melawati. Perpindahan ini bagi membina semula perniagaaan mereka dan memperkenalkan nama Restoran Rumah Thai ke seluruh warga kota. Jadi Ramadhan 2015 restoran ini dibuka semula di lokasi baru, dekorasi kedai pun masih belum siap sepenuhnya.


Set Menu Pilihan 
Pilihan Mas ialah set deluxe untuk 4 orang yang berharga RM110 sahaja. Ini antara menu² untuk set deluxe. Kalau nak tambah lauk lain pun boleh, ikut citarasa dan selera masing². Jangan risau, semua sajian sedap dan mampu buat anda menjilat jari!

Tom Yam Campur

Siakap Stim Halia

Ayam Gajus

Udang Tepung

Kailan Ikan Masin

Aiskrim

Yang menariknya harga makanan di sini semuanya tidak dikenakan GST. Wow sangat berbaloi kan, dahlah portion lauk²nya banyak. Pemilik kedai iaitu Puan Nas berkata dia masih mengekalkan harga yang sama dan khidmat tukang masak yang sama. Jadi memang sesuai sangat dengan tagline restoran ini iaitu:

GOOD FOOD, GOOD PRICE, GOOD AMBIENCE

Untuk memastikan keselesaan pelanggan mereka menyediakan ruang kedai yang luas dan selesa. Ada jugak kemudahan surau dan ruang parking yang sangat banyak. 


Jika nak makan di restoran yang selesa dan sajian menu yang sedap inilah tempatnya. Waktu operasi sepanjang bulan puasa adalah dari jam 3 petang hingga 11 malam, manakala selepas puasa dari jam 11 pagi hingga 11 malam. 

Teringin nak cuba keenakan masakan thai, boleh ke Restoran Rumah Thai di alamat ini. Buat tempahan awal tau, setiap malam meja penuh.

Alamat:
B4, G2, Gaya Melawati, Taman Melawati
No. Telefon : 03-41628207
Waze : Am Bistro, Taman Melawati
(bersebelahan Am Bistro)


5 ulasan:

  1. nampak sedap! adehhh terus berkeroncong perut ni...

    BalasPadam
  2. Rm110 utk semua lauk tu ker?
    Boleh try nie..

    Blogwalking Sini..
    Jombaca artikel baru saya

    Belajar Bukan Semata Untuk Dapatkan Kerja?

    BalasPadam
  3. Nina suka butter prawn dia...!!

    BalasPadam
  4. Sedapnya nampak tomyam dia..tergoda..huhu

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum mas...semuanya nampak sedap....

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com