Terkini dan Sensasi

Ahad, 12 Julai 2015

Mood RAYA : Pilihan kuih raya

Assalamualaikum...(^ ^)

25 hari dah kita berpuasa. Allah sedihnya, tak lama lagi akan berpisah dengan bulan yang mulia ini. Moga bertemu lagi tahun depan.

Pilihan Kuih Raya
Setiap kali nak raya mesti nak ada kuih raya kan? Samada beli atau buat sendiri. Macam Mas hanya mampu beli je, nak buat sendiri memang tak pandai sangat. Biasanya Mas beli biskut raya dengan penjual yang sama setiap tahun sebab dah tahu keenakan kuihnya. 


Tahun ni tak banyak biskut yang Mas beli, 2 jenis biskut je. Pastu beli 3 biji kek lapis Sarawak. Mini popia tu dapat hadiah menang giveaway. Cukuplah daripada takde kan, nak bagi anak² makan dengan jamu tetamu je. 

Pastu Mas beli jugak kuih muih tradisional. Ini memang pilihan sepanjang masa, tak luput dek zaman. Mas beli ni dengan adik Mas, dia buat sendiri. Ada kuih siput biasa dan sira, ada kuih loyang dan ada kuih lidah kucing. Payah dah nak cari orang jual kuih tradisional camni kan? Nasib adik Mas pandai buat, dapatlah merasa makan.


Tips nak beli kuih raya
Jangan beli kuih yang jual kat tepi² jalan macam kat Chow Kit dan Jalan Tar tu. Mas pernah beli dulu, memang sangat murah. 3 bekas RM10 je, tapi rasa semuanya sama. Rupa dengan bentuk je lain, pastu tak sedap. Memang menyesal beli!

Jadi jangan tertipu, kita pun tak tahu dari mana sumber kuih ni dan siapa yang buat.

4 ulasan:

  1. akak pun tiap tahun tempah kat mak atau adik akak je,sambil beli tolong family dapat pendapatan sampingan kan..

    BalasPadam
  2. Kak Mas!
    Lawa sgt2 header blog kak mas tau...perghhh tagline tu ngancam...betul menulis bukan kejar glamer...tp kejar sharing benda yg baik2...byk pahala kan kak mas...sedap ye kuih raya tu...aah julia x prefer beli kuih ray adi chowkit...sama pengalaman dgn akak...rasa sama! erghhhhh

    BalasPadam
  3. betul tu kak..jangan beli kuih di sembarangan tempat..jangan tertipu dengan harga murah juga.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum mas...betul tu kekadang tu mmg terkena juga kalau x hati2 membeli....

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com