terkini dan sensasi

Khamis, 2 Julai 2015

Suami tiada di Hari Raya

Assalamualaikum...(^ ^)

Tajuk pun dah sedih kan? Lagi sedih kalau berlaku pada kita, pasti pagi raya rasa syahdu dan hambar.

Suami bertugas di Hari Raya
Macam Mas dah biasa dengan situasi ni, tapi walaupun dah biasa tetap rasa sedih. Siapa tak sedih suami takde di sisi bila pagi raya. Mau nangis kat bucu katil dalam bilik, uwaaa!


Tapi Mas kena redha. Bukan kehendak husband, tapi tanggungjawab dia terhadap tugas. Amanah pada diri dia tu. Dia pun sedih, Mas dan anak² lagilah sedih. Cuma kami kena biasakan diri dan terima keadaan dengan pasrah. 

Kira Mas bersyukur suami masih ada walaupun tak dapat raya bersama. Bukan setiap tahun pun, cuma selang 2 tahun je tak dapat raya bersama. Bayangkan yang takde suami tu, lagilah hiba kan? Setiap tahun hanya ziarah pusara suami, sedih!

Apa pun kena bersyukur dan redha, mana tau ada keajaiban husband dapat cuti raya. Hehehee, ayat sedapkan hati tu!

5 ulasan:

  1. Xpe.pengorbanan seorang isteri...pasti Allah membalasnya

    BalasPadam
  2. Redha kak..dah tugas suami..apepun hari raya be happy ye kak :)

    BalasPadam
  3. memang rasa tak meriah bila suami perlu bertugas di pagi raya. hasben pun kerja di jab yg sama. selalu gak pujuk hati kot2 de keajaiban berlaku bila tiba time dia kena bertugas di pagi raya..hewheww..

    http://skuterlady.blogspot.com/2015/07/15-ramadhan-ape-cerr.html

    BalasPadam
  4. org yg merasai nye je paham kan kak.. tahun lepas yoorin raya sendiri..asben kerja.. dah laa tahun pertama ada anak.. tahun ni pon nampak gayanya sama..get ready la org tanya, laki mana? hahadoii..sedihh.sebak..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com