Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 3 Ogos 2015

Happy birthday abang Arfan

Assalamualaikum...(^ ^)

Dari semalam dok cakap ulang² kali yang hari ni birthday dia. Siap tanya ada kek tak? Tapi mama buat diam je, hehehee!


Happy Birtday Abang Arfan
9 tahun dah usianya tapi perangai macam kanak² riang lagi. Mana² pergi ingat main je, mengalahkan adiknya lagi. Tapi itulah budak lelaki ni lambat sikit matang kan? Sepanjang masa nak main, benda lain tak fikir dah. 

Tapi walau camtu dia tetap anak dan abang yang baik. Cuma kadang tu susah nak dengar cakap, kena cakap banyak kali. Bergaduh dengan kakak dan menyakat adiknya memang nombor satu. Kakak yang dah besar pun boleh menangis kalau bergaduh dengan dia, pening mama!

Apa pun perangai dan karenah dia, Mas tetap doakan yang terbaik untuk dia. Moga dia jadi anak yang soleh, taat kepada ibu bapa dan abang yang penyayang kepada adiknya. 

Mama sayang kamu!

2 ulasan:

  1. Amin! selamat hari Ulang Tahun abg, semoga jadi anak yg soleh ye.

    BalasPadam
  2. Happy birthday Abang Arfan..semoga membesar menjadi anak yang soleh..Aamiin...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com