mrs secretary

Isnin, 21 September 2015

Disiplin dalam berblog

Assalamualaikum...(^ ^)

Ramai yang cakap senang nak tulis blog. Ada minat, ada cerita dan ada idea bolehlah tulis. Tak perlu tulis cerita gempak sangat, yang penting ada sesuatu nak dikongsi dan beri manfaat pada para pembaca. Pembaca suka bermakna blog kita boleh diterima. 

Ok memang betul! Janji ada cerita dan ada pembaca maka hiduplah blog kita. Cuma berapa ramai yang ada disiplin dalam berblog? 


Disiplin Dalam Berblog
Apakah disiplinnya dan bagaimanakah yang dikatakan berdisiplin tu. Ini ikut pendapat dari apa yang Mas rasa dan percaya, tak cilok idea sesiapa tau! Anda boleh baca dan nilai sendiri, adakah anda benar² berdisiplin dalam berblog.

Disiplin yang paling penting bagi Mas ialah update entri kena konsisten. Maksudnya mesti update setiap hari. Satu hari satu entri pun dah memadai dari takde langsung kan? Blog kita mesti ada pembaca setia yang tersendiri dan pembaca ini mesti ternanti² entri dari kita setiap hari. Jadi jaga disiplin tu supaya kita tak hilang pembaca setia. 

Selain itu disiplin terhadap dateline setiap entri berupa event, advertorial atau review. Mas tahu sesetengah blogger murah rezekinya, dapat pergi event dan dapat advertorial/review yang banyak. Memang seronok sebab sesetengah mendatangkan pulangan wang ringgit. Tapi kena jagalah dateline setiap dari perkara ni sebab client dah percayakan kita.

Misalnya hari ni pergi event, sepatutnya esok atau lusa kita dah update entri pasal event tu kan? Ini supaya pembaca tahu event tu baru berlangsung dan mungkin ada info terkini yang mereka nak tahu. Begitu jugak dengan advertorial atau review yang client mintak buat, kena jaga dateline!


Lagi satu yang penting disiplin semasa menulis entri berupa fakta. Maksudnya entri kita biarlah tepat dan boleh dipercayai. Jangan sebab nak kejar trafik kita "copy and paste" je artikel tu di blog. Tak semak langsung kesahihannya betul atau tidak. Kalau tak betul kan dah menipu pembaca, maka bukan blogger yang berdisiplinlah kita. 

Jadi sebagai blogger, disiplin itu penting dan memang susah nak kekal berdisiplin kan? Mas pun kadang macam tu, tapi akan cuba sedaya upaya kekalkan momentum. Mas nak jadi blogger berdisiplin dalam berblog!

7 ulasan:

  1. salam perkenalan dari saya..

    BW ke blog Nadia Johari..ternampak link blog Mass..tq for advice..tengah cuba berdisplin dengan update entry sehari sekali.. :D

    BalasPadam
  2. setakat ni apa yg sy tulis lebih kpd personal dan sharing life update sy je. kdg2 je bg tips atau share kata-kata motivasi

    BalasPadam
  3. disiplin itu penting..kadang2 terbabas gak nad ni..hehee

    BalasPadam
  4. semangat mbak menulinya... salam kenal ini

    BalasPadam
  5. betoi..susah nk displin..mcm sye haha

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com