mrs secretary

Isnin, 7 September 2015

Pekan Sehari Temerloh

Assalamualaikum...(^ ^)

Setiap kali balik kampung di Temerloh memang hari Ahad adalah hari yang ditunggu². Bukan tak sabar nak balik ke kediaman sendiri tapi tak sabar nak jalan² di Pekan Sehari Temerloh.


Pekan Sehari Temerloh
Pekan Sehari ini merupakan tapak perniagaan yang paling terpanjang dan terbesar di Negeri Pahang. Tapak Pekan Sehari ni terletak di tepi sungai Pahang, Jadi sepanjang laluan anda boleh menikmati permandangan sungai Pahang. Pekan Sehari ini setiap hari Ahad dan waktu operasinya seawal jam 7 pagi hingga jam 2 petang.

Pada yang pertama kali jejakkan kaki ke Pekan Sehari Temerloh ini pasti akan rasa teruja. Mana tidaknya, di sinilah syurga pelbagai barang² jualan baik makanan, pakaian, keperluan harian, barangan dapur, sumber protein, sayuran, buah-buahan dan pelbagai lagi. Pendek kata apa saja barangan dan keperluan ada dijual di Pekan Sehari Temerloh.

Mas kalau pergi mesti akan beli petai kampung, kopi asli yang dimesin sendiri kat situ, kuih muih tradisional yang jarang dapat di bandar, gula kapas yang dibuat sendiri di situ, ikan sungai dan pelbagai lagi benda yang memang susah nak dapat di tempat lain.

Mari kita tengok apa barang jualan yang ada di Pekan Sehari Temerloh. Ini sebahagian sahaja, kalau nak tengok lebih banyak kena pergi sendiri ke sana jika kawan² sampai ke Temerloh.

pelbagai jenis ikan salai

barang bundle

anak² pokok

ikan sungai

pelbagai jenis selipar dan kasut

barang perhiasan diri

sayuran kampung

barang keperluan harian


Tengok, sentiasa ramai orang. Nak jalan pun sesak.



3 ulasan:

  1. yeeeeeeeeeeeeeeeee best kan kampung anum nie

    BalasPadam
  2. ikan sungai tu paling orang cari tue.
    fresh.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com