Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 7 September 2015

Perkahwinan Acoy & Jue : Akad nikah

Assalamualaikum...(^ ^)


5 September 2015 seorang lagi adik bujang Mas selamat diijabkabulkan dengan tunang tersayang. Fuhhh selang seminggu 2 orang adik bujang selamat dah jadi suami orang. Lega rasa hati sebab mereka dah ada orang jaga makan minum dan pakai. Takdelah kakaknya ni susah hati! 

Ni adik lelaki nombor 2 bongsu dan jodohnya orang Pahang jugak, orang Felda Jengka 18. Kali ni hanya 4 beradik yang dapat balik uruskan majlis akad nikah dia. Tapi majlisnya ringkas je, hanya jemput saudara mara terdekat. Sebab mereka nikah dulu dan majlis kenduri akan diadakan kemudian pada 26 September nanti.



Majlis akad nikah ni adik Mas hanya bawak duit mas kahwin dan hadiah seutas gelang tangan. Barang² hantaran akan bawak masa majlis kenduri nanti. Macam biasa Mas memang ditugaskan untuk buat gubahan hantaran. Fuhhh sekali lagi kena perah otak untuk fikir konsep gubahan.

Urusan majlis akad nikah pun mudah dan berjalan lancar. Hanya sekali lafaz sah adik Mas menjadi suami orang. Mas doakan moga hubungan kasih sayang mereka kekal hingga hujung nyawa. Tak sabar nak tunggu majlis kenduri nanti.

Jom tengok gambar sekitar majlis. Maaf muka pengantin tak boleh dedahkan sebab mereka tak benarkan, takut basi katanya. Sehari sebelum majlis kenduri nanti Mas akan tayang muka pengantin.




Siap ada skrip tu, bagi pengantin hafal dulu

 Sesi khutbah oleh tok kadi

Buah tangan dari keluarga pengantin perempuan

6 ulasan:

  1. tahniah utk pengantin ,, moga bahagia till jannah ^_^

    BalasPadam
  2. ohh adik akak lagi sorang kahwin juga ye..tahniah untuk pengantin baru..cantik hasil kerja akak tu :)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...tahniah2 buat adik mas selamat bergelar suami...;)

    BalasPadam
  4. Tahniah dan salam berbahgia berpanjangan.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com