terkini dan sensasi

Rabu, 9 September 2015

Tea Tree Oil Lotion Talc Cosmoderm

Assalamualaikum...(^ ^)


Setiap kali balik kampung barulah Airis bebas bermain di luar rumah. Dengan halaman rumah arwah mak yang luas memang seronoklah dia berlari ke sana sini. Nak halang memang jangan haraplah, jadi Mas biarkan je!

Bila dah berlari sana sini mestilah badan berpeluh dan gatal². Lagilah cuaca kat kampung biasanya panas. Airis ni pulak kulit dia memang alergik dengan cuaca yang panas. Nanti mulalah naik ruam kat leher, tengkuk, celah pelipat tangan dan kaki, malah di muka pun akan ada ruam.

Mulanya Mas susah hati jugak jadi kadang tu berat hati nak bagi dia main di luar rumah ketika cuaca panas. Tapi sekarang Mas dah tak risau dan susah hati lagi sebab dah ada penawar terbaik untuk masalah ruam Airis.


Tea Tree Oil Lotion Talc Cossmoderm
Inilah penawarnya! Memang diakui sangat berkesan dan mujarab untuk kulit Airis. Pertama kali pakaikan kat seluruh badan dia rasa gatal dari ruam tu dah berkurangan dan dia rasa sangat selesa. Tidur malam pun dah lena, kalau tak asyik bergaru je.

Setiap kali lepas mandi Mas akan sapukan losyen ni baru letak bedak. Losyen ni tak melekit dan baunya sangat segar. Pastu ada rasa macam berangin sikit jadi Airis memang rasa sangat selesa! 


Mas memang syorkan pada kawan² yang anak mempunyai masalah ruam panas. Memang terbukti berkesan dan diyakini. Lagi pun produk Cosmoderm memang dijamin halal. Harga pun murah je, RM13.90 untuk pek 125ml. Boleh beli secara online di www.cosmoderm.com.my.

Airis dah bebas bermain di luar rumah sekarang, mama tak perlu risau lagi!



5 ulasan:

  1. Saya suka bau dia kak..wangiiiii

    BalasPadam
  2. aritu kak ipar bagi kat adra sbb adra kena gigit nyamuk. wahh terbaek n berkesan sgt. cpt je baik

    BalasPadam
  3. sye pon pkai cosmodem..tp yg krim muka..syokkk hilang semua parut..muka pon oke je..heheh

    BalasPadam
  4. Amboii Airis..dah besar dan lasak dia dah.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...senang ada ubat yg diperlukan...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com