terkini dan sensasi

Khamis, 10 September 2015

Homemade petai jeruk

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas memang penggemar setia petai. Walaupun orang cakap makan petai nanti buang air busuklah, tapi apa Mas kisah. Petai punya khasiat dan kebaikannya tersendiri. Lagi pun makan ulam ni awet muda tau, hehehee!

Biasanya kalau beli petai kat bandar ni Mas kurang suka sikit sebab selalunya isi dia ada ulat. Kalau 1 papan tu 3 ulas je yang elok. Jadi bila balik kampung Mas akan beli petai kampung, isinya lebih elok. Mas beli 10 papan dengan harga RM5, murah kan? Isi pun gemuk dan cantik.

Apa lagi terus buat petai jeruk. Memang dah lama nak cuba buat sendiri, sebab petai jeruk lebih sedap makan dengan nasi dari petai mentah. Jadi percubaan pun bermula, harap menjadi. Itu pun Mas ingat² lupa cara arwah mak buat.


1. Mula² rebus petai sehingga isi boleh dipicit keluar. Jangan rebus lama nanti isi akan jadi lembik.



2. Bila kulit petai dah lebam camni bolehlah diangkat dan sejukkan. Kemudian picit isinya dan cuci hingga bersih dengan air.



3. Tadaaa inilah hasilnya, dapat 1 tupperware. Sedap dan ranggup! Mas nak terima kasih pada Kak Laila sebab bagi petua camne nak buat petai jeruk jadi sedap dan ranggup.

Ini petuanya..
Petai jangan direbus terlalu lama, sehingga boleh dipicit je. Pastu basuh lendir² pada isi petai hingga bersih. Bila dah bersih gaul petai dengan garam dan perap semalaman. Dah semalaman cuci petai dengan air kemudian barulah letak air masak dan garam.

Lepaslah makan untuk 2-3 minggu. Atikah paling suka, berselera dia setiap kali makan nasi. Nanti balik kampung Raya Haji ni, nak beli banyak sikit. Menyesal hari tu beli 10 papan je. 

7 ulasan:

  1. sedapnyaa. fav eka. mak baru je buat mggu lpas. tapi mak punya letak cabai burung dalam tu. letak sebiji2. bila nak makan. ceduk petai ngan kuahnya, ceduk skali cili tu seketui kemudian lenyek2 kan dlm mangkuk. sedapnyaaaa makan nasik panas lauk sardin . hehe :)

    BalasPadam
  2. baru tahu warna petai macam tuh.....

    BalasPadam
  3. Wow petai.. ubat semulajadi yang baik untuk buang angin. :D

    BalasPadam
  4. sedap ni kak..suka juga makan petai tapi kalau di campur dengan lauk je la fiza makan :)

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...wah !! sedapnya...pembuka selera n...:)

    BalasPadam
  6. wah mcm menarik je resepi nye..cam mudah je heheh

    BalasPadam
  7. salam...nk tya msa perap petai smlman tu ...harus perap ngn air skali ke...atau just petai n garam je...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com