Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 26 Oktober 2015

Review filem The Last Witch Hunter

Assalamualaikum...(^ ^)

Kawan² dah menonton ke filem terbaru Vin Diesel. Mas dah tengok semalam, peminat Vin Diesel haruslah kena tengok. Filem ni mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 22 Oktober 2015. 


Sinopsis filem 
Mengisahkan pertarungan antara Kaulder seorang pemburu ahli sihir dengan Ratu Sihir yang sangat jahat. Ratu Sihir telah merancang untuk melepaskan wabak maut bagi menghapuskan umat manusia. Kaulder telah mengalahkan Ratu Sihir pada masa lampau tetapi ia telah dibangkitkan semula oleh ahli sihir lain. Jadi sekali lagi Kaulder terpaksa bertarung dengan Ratu Sihir yang ingin membalas dendam terhadapnya. Berjayakah Kaulder menyempurnakan misinya menewaskan Ratu Sihir?

Review The Last Witch Hunter
Filem ini menarik untuk ditonton kerana jalan ceritanya yang mudah difahami. Lakonan Vin Diesel yang sememangnya tidak mengecewakan menjadikan filem ini tampak hebat. Seperti biasa filem supernatural sebegini mengisahkan manusia dengan alam lain namun plot cerita tetap menarik dan tidak melalut. Aksi pertarungan antara The Witch Hunter dengan Ratu Sihir jugak sangat mengujakan. 

Hampir 2 jam menonton filem ini memang tidak membosankan. Dari mula hingga akhir kita sentiasa ternanti² apa akan berlaku dalam setiap babak filem. Anak² Mas pun seronok menontonnya!

8 bintang untuk filem ini.

3 ulasan:

  1. saya asyik tengok citer kartun je kak hahahhaha..tggu ank sy besar la blh bawa tengok citer camni..klu ajak skrg diaorang tak nak ddk dkt seat tu huwaaa

    BalasPadam
  2. belum tengok lagi..huhu..mesti best cerita aksi macam ni

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com