terkini dan sensasi

Selasa, 1 Disember 2015

The Parenthood : First London Street Family Park

Assalamualaikum...(^ ^)


Pertama kali Mas jejak kaki ke The Mall yang sekarang dah bertukar nama ke Sunway Putra Mall. Memang pusat membeli belah yang menarik untuk jalan² bersama keluarga. Ditambah pulak dengan tarikan terbarunya yang pasti menjanjikan keseronokan berhibur kepada anak² dan kepuasan membeli belah kepada ibu bapa.


The Parenthood : First London Street Family Park
Terletak di tingkat 2 Sunway Putra Mall, The Parenthood merupakan tempat yang menyediakan kemudahan, perkhidmatan, produk dan pengalaman berharga untuk ibu bapa dan anak². Di sini ibu bapa boleh membeli belah dan anak² boleh bermain di taman permainan yang disediakan. Memang banyak kedai² menjual barangan di sini seperti kedai barangan bayi, kedai barangan permainan, kedai pakaian, kedai barangan birthday party, kedai membuat art craft, kedai gunting rambut, kafeteria dan pelbagai lagi. 








Pada Sabtu lepas Mas berkesempatan ke Bloggers Conference yang diadakan oleh The Parenthood bagi meraikan hari pembukaan mereka kepada umum pada 5 Disember nanti. Di conference ini kami diberi penerangan mengenai The Parenthood dan dibawak jalan² di kawasan sekitarnya. Kemudian kami diberi peluang masuk ke taman permainan kanak² yang disediakan..


Mula² melangkah kaki ke sini Mas ingatkan ia cuma tempat membeli belah sahaja tapi rupanya disitu disediakan taman permainan untuk anak² yang digelar My Kingdom. Di situ anak² boleh ditinggalkan bermain sepuas²nya dengan pengawasan sepanjang masa. Ibu bapa dan anak² akan dipakaikan tag yang mempunyai barcode. Jika ibu bapa ingin keluar dan tinggalkan anak² bermain pihak My Kingdom akan scan barcode tersebut dan mereka ada rekod ibu bapa yang keluar masuk. Jadi keselamatan anak² memang terjamin ditinggalkan di sini dan mereka tidak dibenarkan keluar tanpa ibu bapa.



Pelbagai tarikan untuk anak² di My Kingdom untuk mereka bermain sambil belajar. Memang puas hati dan seronok mereka bermain sampai tak nak balik. Nak habiskan masa sampai malam di sini pun boleh, baru anak² puashati main dan ibu bapa puashati shopping. Inilah antara tarikan dan kelebihan di My Kingdom.

• Indoor Playground with a Castle theme
• Child Enrichment Classes
• Party Rooms
• Mini Trampoline
• Flying Fox
• Tunnels & Bridges
• Climbing Wall
• Climbing Tower
• Multiple Slides
• Ball Pit
• Foam Padded Flooring & Columns
• X-box 360 Game Console Play Zone
• Free Wi-Fi
• Action cameras in play zones with display monitors in cafe area






Apa yang boleh Mas katakan, pengalaman satu hari di The Parenthood memang menyeronokkan. Mas dan suami dapat pergi membeli belah berdua dan anak² puashati bermain. Jadi ianya memang tempat yang sesuai untuk bersantai dan habiskan masa bersama keluarga! 

Informasi mengenai The Parenthood dan My Kingdom.

The Parenthood
Sunway Putra Mall (L2.1)
No. 100, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur
Facebook: The-Parenthood

My Kingdom
Opening: Monday to Sunday (10:00 am untill 10.00 pm)
Ticket Price: RM35 (weekdays) | RM45 (weekend)
Facebook: jepkingdom
Telephone: (60)12 2082807
E-mail: info@mykingdom.com.my




4 ulasan:

  1. Menarik nie....nnt boleh ke the mall

    BalasPadam
  2. Memang menyeronokkan The Parenthood boleh shopping, My Kingdom boleh bagi anak2 main sepuas-puasnya...suka betul si kecik tu berlari2 dalam tu hehehhe

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...seronoknya kalau dpt pi sana..bawa awisy mesti die seronok berada di sini...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com