Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 9 Mac 2016

Cuti Sabah 2016 : Island Tour

Assalamualaikum...(^ ^)


Salah satu lagi tarikan bila bercuti ke Sabah ialah Island Tour. Hanya pergi ke Jesselton Point Jetty, pelbagai agen yang menyediakan pakej bot ke pulau² seperti Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Gaya. Kita boleh pilih sama ada nak pergi ke 1 pulau, 2 pulau, 3 pulau atau kesemua pulau. Terpulang pada bajet yang kita ada. Nak bermalam di resort yang disediakan di pulau² tu pun boleh, ada jugak pakej disediakan. 

Kami sampai seawal jam 8.00 pagi di jeti dan cari dulu agen mana yang sediakan pakej yang paling murah dan berpatutan. Rekee punya rekee kami pilih agen Island Express. Mas pilih untuk 3 pulau iaitu Mamutik, Manukan dan Sapi. Harga pakej yang dikenakan ialah RM170 untuk 3 pulau bagi 3 dewasa dan 2 kanak². Agen jugak sediakan pakej sewa gogel dan life jaket, RM15 untuk satu gogel dan satu life jaket. Mas ambil 2 set dengan harga RM30. 


Dah selesai bab pakej kami isi perut dulu, kena makan kenyang² sebab makanan yang dijual di pulau berkali ganda mahalnya. Kami tiada pilihan terpaksa makan di gerai dekat jeti sebab pukul 9.00 pagi bot dah nak gerak. Mahal jugaklah makan kat situ, Mas memang tak syorkan. Lebih elok makan dulu kat bandar KK sebelum datang jeti.

Destinasi pulau pertama kami ialah Pulau Mamutik, kemudian Pulau Manukan dan destinasi akhir ialah Pulau Sapi. Kami diberi masa lebih kurang 2 jam di setiap pulau. Bagi Mas memang agak terkejar² sikit sebab masa di pulau dapat 1½ jam je, lagi ½ jam perjalanan menaiki bot. Rugi pulak rasa ambil pakej 3 pulau, patutnya ambil 2 pulau atau 1 pulau je. Baru lama sikit masa dihabiskan di satu pulau tu. Tapi takpe itu pengalaman, lain kali datang dah tau nak rancang macam mana.






Cuma Mas agak kecewa dengan Island Tour kali ni sebab masa snorkling tak dapat tengok coral dan ikan. Air laut sangat keruh, memang tak jelas langsung. Rakam video pun nampak samar² je! Pastu semasa di Pulau Manukan ada obor-obor, bila masuk dalam laut terasa sakit seperti ada benda mengigit. Boleh bertahan beberapa minit je dalam laut, anak² pun Mas tak benarkan mandi. Husband Mas habis kena gatal² satu badan sebab dia berani snorkling. Memang pengalaman pahit! 




Tapi di Pulau Sapi dapat jugaklah tengok samar² coral dan ikan sebab air laut kat situ tak berapa keruh sangat. Rakam video pun nampaklah muka sikit². Walaupun kecewa tak dapat alami pengalaman snorkling yang menyeronokkan, yang penting anak² gembira dan seronok. Mungkin kami tak bernasib baik bercuti kali ni ke Sabah, lain kali ada rezeki pasti kami bertuah!


1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com