terkini dan sensasi

Jumaat, 15 April 2016

13 tahun sebagai penjawat awam

Assalamualaikum...(^ ^)


Pejam celik esok dah genap 13 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam, orang gomen kata ko! Hehehee, alhamdulillah itu rezeki Mas untuk bantu suami menyara anak² dan keluarga. Memula dulu lepas habis belajar memang tak mahu kerja kerajaan ni, gaji murah katanya. Nak jadi PA kat syarikat swasta yang besar² masa tu, nak gaji mahal.

Tapi ayah mertua Mas beria suruh mohon kerja kerajaan, terjamin masa depan katanya. Lagi pun masa tu husband Mas pun dah kerja kerajaan. Jadi ayah mertua cakap senang kalau laki bini kerja gomen, nanti nak beli rumah senang, nak buat loan senang dan macam² lagi. Terpaksalah Mas ikut jugak.


Mas bersyukur sekarang sebab dah banyak penambahbaikan dalam skim perkhidmatan kerajaan. Mas bermula dengan gred N17 selama 7 tahun dan diiktiraf diploma terus dapat gred N27. Pastu penambaikan yang baru ni dapat pulak gred N29. Dulu mula kerja gaji pokok RM900 dan alhamdulillah sekarang dah cecah RM3k. Inilah berkat kerja dengan jujur dan amanah dan niat nak sara keluarga!

Walaupun ada pelbagai tanggapan buruk segelintir masyarakat terhadap penjawat awam tapi itu dah lumrah kan? Orang memang suka bercakap sesuka hati tapi cuma kita yang berkhidmat ni tahu susah senangnya. Moga Mas dapat berikan perkhidmatan yang terbaik sehingga pencen. 

1 ulasan:

  1. tahniah kak Mas..
    Jom khidmat sampai pencen.
    hanya kita yang tau apa kita buat kan..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com