Terkini dan Sensasi

Rabu, 6 April 2016

Karenah anak dara

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh baru ada sorang anak dara besar, mama dah pening kepala nak layan karenah dia. Macam² permintaan dan macam² dia nak bila dah besar. Lagilah dah akil baligh, ada je benda yang dia nak. Ingat dah besar sangatlah tu!


Serius Mas cakap Mas memang mama yang garang dan tegas. Kalau Mas rasa benda tu tak perlu dan tak sesuai untuk dia lakukan memang Mas tak bagi. Bukan nak mengongkong tapi lebih kepada berhati². Kita tahu sekarang gejala sosial yang melibatkan remaja sangat berleluasa, jadi kalau kita tak pantau anak² takut terjebak pulak nanti. 

Untuk elakkan sesuatu yang tak baik berlaku, Mas tak ikut sangat karenah dia. Kadang dia mintak nak keluar outing dengan kawan² ke pusat membeli belah, memang jangan harap Mas nak bagi. Melainkan Mas dan husband ikut keluar sekali pastu dia nak pergi jalan dengan kawan², itu takpe. Sebab Mas ada sekali kat shopping kompleks tu dan Mas tahu dengan siapa dia keluar. Bukan nak kongkong melampau, tapi sekurangnya Mas tahu keselamatan anak sendiri.


Memang kadang² dia akan memberontak bila Mas tak benarkan, cakap mama tak sayanglah, apalah. Tapi jangan harap mama kau nak lembut hati, tak layan punya. Tapi tak layan bukanlah Mas buat tak tahu, Mas akan terangkan kat dia kenapa mama tak benarkan dia keluar. Jelaskan baik buruk yang akan berlaku dan setakat ni dia akan faham. Cuma nak cakap tu kena cara yang betul supaya hati anak² tak terguris!

Satu lagi nak layan karenah dia nak cantik, nak melawa, nak tudung dan baju macam mama, semua dia nak. Yang ni takdelah Mas nak belikan produk kecantikan ke, baju dan tudung baru ke. Pakai je Mas punya sebab saiz hampir sama. Nak melawa pun pakai bedak dan lipstik mama, haaa gitu!

2 ulasan:

  1. suka tengok mas ngan anak dara..sedondon gittew

    BalasPadam
  2. Sama la ngan Kak Sue nie Mas..memang susah nak lepaskan Kakak outing dengan kawann2 dia..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com