Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 30 April 2016

Kemeriahan Ramadhan @ PICC

Assalamualaikum...(^ ^)

Bahang Ramadhan kian terasa! Semua umat Islam dah bersedia baik dari segi persiapan berpuasa serta memilih tempat untuk berbuka. Kebiasaannya kita akan berbuka di rumah tapi tak salah sekali dalam sebulan tu kita bawak anak isteri berbuka di luar, bagi isteri cuti masak sehari. Banyak tempat² yang menyediakan Buffet Ramadhan, pilih sahaja mana yang berkenan.


Ramadhan Buffet @ PICC
PICC memang sinonim dengan Buffet Ramadhan setiap kali tiba bulan puasa. Mas pun suka berbuka di sini sebab juadahnya memang menepati selera dan citarasa. Kalau pergi memang pulang dengan hati senang dan perut kenyang! Berbaloi dengan wang ringgit yang dibelanjakan. 

Ramadhan kali ini pastinya PICC tidak akan mengecewakan pengunjung yang datang. Dengan tema "Hidangan Tradisi Warisan Budaya" ia menjanjikan kelainan dan kemeriahan. Fuhhh pasti tak sabar nak datang berbuka. Ini antara aktiviti yang bakal diadakan. 


1. Gerai Jualan @ Bazaar PICC
2. Majlis Iftar Amal Wakaf Bersama Ustaz Don @ 18 Jun 2016
3. Majlis Iftar Akustika Bersama Zamani dan Mawi @ 22 Jun 2016
4. Majlis Iftar Amal Bersama Anak² Yatim
5. Persembahan Qasidah dari Afad, Rabbani, Wildan dan Pawana @ sepanjang Ramadhan

Juadah yang bakal dihidangkan jugak pastinya istimewa. Tengok pun dah buat perut lapar semakin lapar dan bisa buat anda terliur. Haaa jangan tak percaya, ada 300 aneka pilihan juadah tau!

1. Aneka Panggang : Hidangan utama Kambing Panggang resepi istimewa (setiap hari). 

2. Kawah Warisan dengan hidangan 3 jenis nasi iaitu Nasi Briyani, Nasi Kandar dan Nasi Dagang Terengganu dengan aneka lauk pauk segar seperti ayam, daging dan kambing. Ada jugak acar, dalca sayur dan papadum.





3. 16 hidangan pembuka selera seperti SomTam PICC, Salad Betik Muda bersama Udang Kering, Aneka Cholek, Nasi Ulam Utara, Kerabu Buah Mangga Pauh Daging Salai, Ayam Berempah Pucuk Paku, Pecal, Kerabu Sardin Pucuk Ulam, Kerabu Jantung Pisang Udang Kering, Gado-Gado, Kerabu Kaki Ayam Carik Kacang Panjang, Tauhu Bakar Putrajaya Sempoi dan bermacam lagi.

4. Buffet and Live Station yang antara pilihan hidangan seperti Aneka Keropok, Jeruk Pak Ali, Aneka Sup, Bubur Lambuk PICC dan Warung Tempura.





5. Kids Corner untuk kanak² dengan hidangan Bertih Jagung, Aiskrim Coklat dan Vanilla PICC.

6. Live Pasta Station dengan aneka pilihan pasta seperti Spaghetti, Fettuccine, Penne dan Linguine bersama sos Bolognese, Karbonara dan Marinara.

7. Pencuci Mulut dengan hidangan manisan tradisional melayu seperti Bubur Kacang Hijau Durian, Bubur Pulut Hitam, Pengat Pisang, aneka Kuih Melayu, Variasi Kek dan Buah-Buahan Segar.

8. Pelbagai jenis minuman sejuk yang menyegarkan tekak antaranya Air Sirap Bandung, Air Sirap Selasih, Air Asam Boi, Air Jagung dan Air Mata Kucing.






Fuhhh buntang bijik mata tengok senarai hidangan. Itu belum lagi pergi makan dan nikmati sendiri keenakannya, pasti tersenyum kekenyangan. Selain perut kenyang, anda jugak berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama wang tunai. Jadi jangan buang resit pembelian buffet tu, isi borang dan mana tahu anda bakal bertuah!

Buffet Ramadhan @ PICC bermula dari 8 Jun hingga 3 Julai 2016 dengan harga RM98 untuk dewasa dan RM49 untuk kanak² berumur 6-12 tahun. Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi.

No. Telefon: 03-88876000
Facebook: piccmalaysia
Instagram: @piccmalaysia
Twitter: @piccmalaysia

1 ulasan:

  1. Maai.. Banyaknya makanan... Sedap2 pulak tu.. Tengok je memang dah confirm terliur..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com