Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 1 Mei 2016

Review filem Captain America : Civil War

Assalamualaikum...(^ ^)

Pertama kali Mas tonton filem Captain America ni di pawagam, episod sebelum ni tunggu tayang kat Astro je. Terpengaruh nak tonton sebab bila tengok trailer ada Iron Man, terus teruja!


Sinopsis filem
Mengisahkan tentang perselisihan antara Steve Rogers / Captain America dengan Tony Stark / Iron Man. Setelah pemerintah mengeluarkan satu undang² yang menetapkan tentang peraturan dan arahan mengenai kekuatan semua superhero harus berada di bawah pengawasan pemerintah. Namun Captain America menentang undang² tersebut dan mahu tiada campur tangan pemerintah, sedangkan Iron Man bersetuju dengan undang² yang dikeluarkan. Akhirnya terjadilah pertempuran antara kubu Captain America dengan kubu Iron Man.

Review Captain America : Civil War
Secara jujurnya permulaan cerita agak membosankan sehingga Mas dan husband tidur dengan lenanya. Bila dah masuk babak pertempuran antara geng Captain America dan geng Iron Man barulah rasa gempak dan cerah bijik mata. Masa tu baru syok sebab semua superhero beraksi! Diselitkan dengan babak² jenaka menjadikan aksi pertempuran lebih menyeronokan. 


Tapi bagi Mas keseluruhan cerita agak ringan dan biasa² je. Tiada aksi sengit pertempuran superhero dengan musuh tetapi hanyalah pertempuran perselisihan faham antara mereka. Bila dapat tahu ada 5 kuasa jahat, Mas dah beranggapan akan ada sepakat antara geng Captain America dan Iron Man untuk menentang musuh. Tapi rupanya tekaan meleset, motif balas dendam membuatkan mereka berbalah sesama mereka. 

Hanya 6 bintang untuk filem ini. Ingat nak bagi 5, tapi nasib ada Iron Man. Kami #teamIronMan!

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com