Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 2 November 2016

Cuti² Langkawi 2016 : Eagle Square dan SkyCab

Assalamualaikum...(^ ^)


Hari kedua bumi Langkawi dibasahi hujan yang lebat. Dari mula kami jejak kaki ke sini sehinggalah hari Isnin hujan tak berhenti. Dapat ke kami pergi ke destinasi menarik di Langkawi, jom baca kisah percutian kami pada hari kedua!

Hari kedua : 31/10/2016
Dek kerana hujan dari tengah malam Ahad tu bawak ke pagi Isnin memang membantutkan niat kami untuk berjalan. Tapi dah datang jauh² kenalah teruskan jugak!

Sebelum mulakan aktiviti kami ambik kereta sewa dulu. Kereta kami ambik hari kedua sebab hari pertama sampai tu dah malam, jadi rugilah kalau sewa. Kereta kami sewa dengan Syarikat MRP Travel & Tours, harga² kereta dari syarikat ni agak murah berbanding yang lain. Kami sewa kereta Axia dengan harga RM190 untuk 2½ hari. Ini nombor telefonnya (Bang Chik : 013-3508430) kalau kawan² berminat nak sewa jika datang ke Langkawi.

Selepas sarapan kami ke Eagle Square untuk abadikan gambar sebagai kenangan. Tak sah kan kalau datang Langkawi tapi tak bergambar kat sini. Ada jugak Mas terbaca yang katanya ia akan dirobohkan kerana tak elok buat replika binatang ni. Tapi sejauh mana kebenarannya Mas pun tak pasti.





Dah puas bergambar, kami tawakal je pergi ke SkyCab dengan harapan ia dibuka kepada pengunjung. Sebab kalau hujan lebat dan cuaca berangin memang ia akan ditutup. Tapi nasib kami baik, operasi SkyCab dibuka seperti biasa. 

Perkhidmatan cable car dah banyak perubahan sekarang, dah banyak tarikan yang menarik untuk pengunjung². Pakej² tiket yang disediakan pun dah pelbagai, pilih je mana satu yang berkenan di hati dan cukup dengan bajet kita. Kalau nak tengok pakej² tiket yang disediakan boleh klik link ini.





Kami hanya ambil pakej basic je iaitu dengan harga tiket untuk dewasa RM30 dan kanak² RM22. Untuk pakej basic ni akan dapat naik SkyCab dan masuk ke Sky Dome dan Sky Rex. 

Bila dah sampai di puncak tak lengkap kalau tak pergi ke Sky Bridge. Sekarang dah ada 2 pilihan nak ke sana, sama ada melalui Sky Trail atau pun menggunakan Sky Glide. Tapi kedua² cara ni memang dikenakan bayaran! Untuk Sky Trail harga tiket cumalah RM5 untk dewasa dan RM3 untuk kanak². Untuk SkyGlide pulak RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak². Kami memilih naik Sky Glide, nak rasa pengalaman kan?



Inilah gambar kenangan kami di atas Sky Bridge. Tak nampaklah permandangan indah sebab hari hujan dan cuaca berkabus. Jadi kami fefeeling bergambar seolah² berada di atas awan. Tapi walaupun berkabus tetap seronok, nyaman dan sejuk sangat! 








Nanti Mas sambung kisah hari ketiga pulak, kami pergi MARDI dan Island Hoping!

3 ulasan:

  1. seronoknya... hepi holiday mas n fmly

    BalasPadam
  2. musim hujan kan kak.. tapi nasib baik sebab boleh naik gak skycab tu haaa..

    BalasPadam
  3. Cuaca nampak sejuk je.. Best.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com