Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 8 Disember 2016

Babah yang lembut hati

Assalamualaikum...(^ ^)


Mas akui anak² semuanya lebih rapat dengan babah mereka. Sejak dari kecil hinggalah ke dah besar. Bukannya dengan mama tak rapat, kamcing ooo terutama masa baby. Tapi bila dah besar dah pandai mintak itu ini, dengan babahlah mereka geng. Dengan mama tak berani nak mintak benda bukan², kang ko tengoklah mama korang jadi singa. Hahahaa garang terlebih mama ni!

Macam beli mainan untuk anak² memang Mas kurangkan. Masa masih kecil memang ada beli tapi bila dah meningkat dewasa Mas lebih suka belikan bahan bacaan. Mainan tu bukannya tahan lama, main kejap je dah hilang dan rosak. Kadang tak sampai sebulan, banyak kali dah jadi. 

Cuma babahnya tak, kalau anak merengek mengamuk nak mainan laju je dia belikan. Katanya tak larat nak tengok dia menangis meraung sambil mengamuk. Huhhh lembut hati sangat! Tapi nak buat camne, dah memang sifat dia mudah mengalah dengan anak². Ada bagusnya dan tak bagus, jadi dia kenalah pandai sesuaikan dengan situasi. Mengalah selalu sangat kang anak naik lemak pulak. Sebab tu kadang Mas bising jugak kat dia!


Inilah habuan semalam lepas Airis mengamuk kat kedai mainan katanya. Hurmmm kecik besar kecik besar je mama tengok. Nanti entah berapa lamalah tahan, semalam main pun dah ada yang hilang. 

Pastu tak menahan si abang Arfan yang dah besar tu pulak galak main. Kemain lagi dia! Seronoklah tu dapat main dengan adik dia, tak sedar dah umur 10 tahun! Pastu bila Mas tegur siap cakap "Kalau ada adik lelaki Abang tak mainlah dengan Airis. Abang main bola je! Cepatlah mama bagi baby lelaki"

Amboiii sangat ko kan?

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com