Terkini dan Sensasi

Jumaat, 9 Disember 2016

Cerita bergambar [13]

Assalamualaikum...(^ ^)

Jumaat dah kita, minggu depan cuti sampai Isnin. Syok woo! 

Jadi hari ni bagi entri santai cerita bergambar jelah. Dah lama tak update entri cerita bergambar ni, sekali sekala buat seronok jugak kan?

1. Alat mekap pilihan Mas bukanlah dari jenama yang mahal tapi Mas lebih suka pilih yang sesuai dengan kulit muka. Buat masa sekarang Mas selesa memilih jenama Silky Girl baik dari eyebrow, eyeliner, maskara, blusher dan lipstik. Tapi lipstik memang wajib jenama Silky Girl sebab bibir Mas sensitif kalau guna jenama lain. Nanti akan mengelupas dan naik bijik² air.




2. Inilah pilihan makanan sihat Mas, Green Juice + Sandwich + sebiji buah. Boleh dikatakan setiap hari Mas ambik makanan camni untuk breakfast. Kalau waktu tengahari Mas rasa lapar barulah ambik makanan lain. Kadang tu Mas buat 2 set Sandwich tu, jadi tak perlu makanan lain untuk lunch. Tapi kalau tetiba tekak terasa nak makan makanan lain, maka adalah cheat day! Kih³.



3. Nur Airis punya gelagat kalau bergambar sekarang, mesti ada gaya camni. Katanya ini gaya Boboiboy Halilintar. Adoiii memang pengaruh Boboiboy kuat pada budak ni, tak larat dah mama tengok. Kartun Boboiboy memang hari² dia dok tengok, lagilah sekarang ada episod baru Boboiboy Galaxy tu. Siap hafal lagu temanya! 



4. Cabaran plank! Setiap kali buat senaman di rumah wajib buat plank. Bagus senaman ni untuk kuatkan otot kaki, perut dan pinggul serta boleh kempiskan perut tau. Masa konsisten buat setiap hari Mas boleh bertahan sampai 5 minit. Tapi sekarang setakat 2 minit lebih je sebab dah lama tak amalkan. Itupun dah terketar² dok menahan, hehehee!



5. Wajib ada kat rumah minyak Batook Ori ni. Banyak kelebihan dia terutama kalau sakit perut atau sakit kepala. Sapu je, dalam 5-10 minit dah rasa lega. Pastu kalau berpantang dan ada baby memang wajib kena ada minyak ni. Baunya pun sedap dan rasa berangin bila pakai.



6. Anak dara yang semakin meninggi, mama pun dah kalah. Kalau berjalan dengan dia mesti ada yang tanya berapa umur dia. Bila cakap baru tingkatan 1 semuanya tak percaya, hehehee! Pastu ada jugak yang tanya, ini adik ke? Haaa soalan ni sila percaya tau, memang betul. Hahahaa!



2 ulasan:

  1. macam macam cerita ada :-)

    BalasPadam
  2. Wow gambar last sekali tu dah macam model gtu hihihi

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com