terkini dan sensasi

Khamis, 1 Disember 2016

Bila Disember datang!

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh dah masuk penghujung tahun, Disember dah datang! 


Cepat betul masa berlalu, sedar tak sedar nak habis tahun 2016 dah. Bila masuk hujung tahun ni banyak benda yang perlu difikirkan terutamanya persiapan persekolahan anak². Ini memang perkara wajib yang perlu diambil berat! Lagi² yang ramai anak bersekolah, dari awal Disember inilah kena buat persiapan sikit². Paling penting persiapan dari segi wang ringgit!

Macam Mas, tahun depan tiga² anak akan bersekolah. Atikah pulak akan masuk asrama, lagi perlukan persiapan awal. Nak masuk asrama kan, sudah tentu banyak benda nak kena beli. Jadi gaji bulan 12 ni memang dikhaskan untuk sekolah anak² je. Sebenarnya bagus kita buat persiapan awal, beli sikit². Takdelah nak keluarkan duit sekaligus untuk beli semua benda!

Lagi satu perkara yang kena fikir bila hujung tahun ialah bencana banjir. Mas dah alami banjir buruk tahun 2014, jadi sedikit sebanyak benda ni sentiasa menghantui. Nak pulak sekarang ni negeri di Pantai Timur seperti Terengganu dah dilanda banjir, lagilah hati jadi risau. Rumah kat kampung memang takde sesiapa tinggal, jadi kalau banjir memang kamilah kena balik dan uruskan segalanya. Harap sangat tahun ni tiada banjir buruk berlaku! 

Selamatlah kita menempuh Disember dan semoga dipermudahkan segalanya!

3 ulasan:

  1. moga dipermudahkan kak. saya pun kelam kabut gak hannah masuk darjah 1. huhuhuh

    BalasPadam
  2. hi sis, saya datang follow sini :)

    BalasPadam
  3. Disember & bajet anak2 naik skola memamg sinonim, mas.
    Kena asingkan siap2. Mereka kena didahulukan...
    Besar dah ekk anak2 mas. Alhamdulillah.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com