Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 3 Disember 2016

Review filem The Doll

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam kawan Mas belanja tengok wayang. Memang dah lama Mas tak jejak kaki ke panggung wayang, banyak filem² yang menarik dah terlepas tengok. Kebetulan kawan nak belanja jadi ikut jelah. Mulanya kami nak tengok filem Ouija, tapi kat GSC Alamanda dah takde filem tu. Pastu kawan Mas ajak tengok filem Indonesia, The Doll. Mas ikut je sebab kawan belanja kan, jadi pertama kali menonton filem Indonesia kat panggung.


The Doll merupakan sebuah filem seram terbaru dari produksi Hitmaker Studio. Filem ini diarah oleh Rocky Soraya dan dibintangi oleh Shandy Aulia, Denny Sumargo dan Sara Wijayanto.

Sinopsis filem
Berkisahkan pada sepasang suami isteri iaitu Anya dan Daniel. Mereka baru berpindah ke Bandung dan membeli sebuah rumah di sana. Tanpa sengaja, Daniel telah membawa pulang sebuah anak patung dari lokasi projek tempat dia bekerja yang terletak di Jalan Siliwangi. Anak patung tersebut ada di atas sebatang pokok yang kemudiannya telah ditebang oleh Daniel bagi projek membina pasaraya di situ.

Anya yang merupakan pereka anak patung sangat gembira dan meletakkan anak patung tersebut di rumah mereka. Tapi Niken, jirannya terkejut melihat anak patung itu dan meminta Anya memulangkan kembali ia ke tempat asalnya. Anak patung itu bernama Ghawiah dan dimiliki oleh seorang kanak² bernama Uci. Uci bersama ibu bapanya telah dibunuh kejam semasa rumah mereka dirompak! Seterusnya pelbagai kejadian aneh berlaku di rumah Anya. Dia sering diganggu oleh suara anak kecil yang ajak bermain sorok². Siapakah anak itu dan apa yang terjadi?

Nak tahu kena tengok sendiri filem ni di pawagam. 

Review The Doll
Sepanjang menonton filem ni memang terasa keseramannya, nak pulak filem Indonesia memang selalu tonjolkan watak hantu yang seram.. Pastu segala kejadian seperti pembunuhan memang nampak macam betul², ngeri tengok. Jalan cerita ringkas dan mudah difahami. Banyak unsur suspen yang membuatkan kita tak sabar nak tahu apa sebenarnya terjadi! 

Jadi bagi Mas filem ini menarik jugak untuk ditonton walaupun tidaklah segempak filem seram lain. Untuk peminat filem seram dan peminat filem Indonesia khasnya bolehlah menonton. 6 bintang Mas bagi untuk The Doll. 

2 ulasan:

  1. Menarik.
    Lama x g tgk wayang.
    Citer antu memang feveret la ha ha meskipon Penakot tahap maksima!!!

    BalasPadam
  2. Wah..menarik..tapi x leh p tgk dgn anak2 nii..bahaya

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com