Terkini dan Sensasi

Selasa, 3 Januari 2017

Ragam persekolahan anak²

Assalamualaikum...(^ ^)

Yeayyy hari ni dah sekolah! 

Mak ayah sebenarnya terlebih teruja terutama yang pertama kali hantar anak ke tadika atau sekolah. Mas seronok jugak sebab tahun ni tahun pertama Airis ke tadika. Semalam pukul 9 dah perambat dia masuk tidur sebab dia ni jenis suka buat ragam kalau tak cukup tidur. Nanti bangun pagi banyak pulak drama swasta dan drama airmata dia! 

Walaupun suruh tidur awal jam 10 malam jugak dia lena, itu pun lepas puas mama berleter. Tapi alhamdulillah bangun pagi tadi dia tak meragam, seronok nak ke sekolah. Bila husband hantar dia pun rilek je, salam dan cium husband terus laju masuk kelas. Kami transit kan dia sampai ke petang sebab takde siapa nak jaga lepas sekolah.


Jam 4 petang husband ambik dia kat tadika. Sampai je rumah terus mama soal siasat apa yang dia buat kat tadika. Inilah perbualannya.. 

Mama: Lepas babah hantar Airis nangis tak?
Airis: Tak! Tapi bila masuk kelas Airis nangis.
Mama: Laaaaa kenapa nangis?
Airis: Airis nak mama lah! 

Hahahaa haru! Mama pulak rasa nak nangis. Ingatkan takde drama airmata tu, rupanya ada jugak. Tapi takpelah, hari pertama kan? Sekurangnya 2 minggu jugak kita kena bagi anak² ni masa untuk sesuaikan diri. Dah biasa nanti, tiap² hari seronok nak ke sekolah!

Abang Arfan pulak takdelah buat ragam, dah Darjah 5 kooo. Buat ragam jugak mau kena hempuk dengan mama, hahahaa! Cuma tak sah hari pertama sekolah ada barang yang takde atau hilang. Macam pagi ni tali leher entah kemana, puas cari tak jumpa. Padahal sebelah malam mama dah suruh sediakan semua awal². Tapi bila pagi ada jugak yang takde, alahai anak!

Kakak pulak, mama doakan yang terbaik je untuk dia. Maklumlah dah dok asrama, takde depan mata mama. Harap dia dapat uruskan yang terbaik untuk persekolahan hari ni, dah besar pun! 

Moga 2017 anak² kita bersekolah dengan jayanya dan tamatkan persekolahan dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Insya Allah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com