mrs secretary

Rabu, 15 Februari 2017

Kemeriahan Family Day KBBA9

Assalamualaikum...(^ ^)

Meriah, gamat, seronok, gembira, dapat ilmu dan ukhwah terjalin!

Itulah yang dapat Mas gambarkan untuk Family Day KBBA9 yang telah diadakan pada Sabtu dan Ahad lepas. Walaupun tak ramai keluarga KBBA9 yang turut serta tapi mereka pun tumpang seronok dan gembira. Harap ada rezeki lagi untuk adakan event camni dan lebih ramai dapat memeriahkannya.


Mula²nya Mas nyaris tak dapat pergi sebab ada sedikit masalah, tapi alhamdulillah sebelum tarikh tersebut ia dapat diselesaikan. Seawal jam 12.30 tengahari hari Sabtu Mas dah jejak kaki di De Rhu Beach Resort sebab kebetulan malam tu Mas dah tiba kat rumah mak mertua di Kuantan. Jadi memang dekatlah nak ke resort tu dari rumah mak. 

Selesai urusan check in bilik, anak² dah tak senang duduk sebab nampak kolam yang besar dan luas terbentang tu. Tak sempat nak kemas barang² dulu mereka dah berzikir, "Mama jom mandi kolam! Mama jom mandi kolam!" Tapi memang teruja bila tengok kolam tu, buatkan korang tak sabar nak terjun kuak lentang bagai. Bila dah masuk dalam kolam dekat 3 jam kooo anak² dok berendam, sampai Mas dah sejuk mengigil. Dalam hati dah cakap, "Janganlah sampai kolam tutup baru mereka nak naik, mau beku mama ni"! Hampir 3 jam barulah mereka mengalah sendiri sebab dah tak tahan sejuk.




Dah puas mandi kolam, sebelah malamnya kami dihidangkan dengan makan malam yang sangat enak. Serius Mas memang puji makanan kat sini, semuanya sedap² dan kena dengan selera Mas. Selepas makan malam ada pulak sesi perkongsian ilmu bersama Lembaga Zakat Selangor. Banyak ilmu baru yang Mas dapat melalui perkongsian ini dan dari apa yang disampaikan barulah kita tahu betapa pentingnya peranan LZS dalam menguruskan perkhidmatan zakat. Terima kasih LZS untuk ilmu yang sangat bermanfaat!



Haaaaa lepas habis tu jangan ingat kami dah tidur ye. Belum lagi sebab ada sesi ilmu yang lagi menarik dan seronok iaitu sesi ramah mesra bersama rakan² blogger yang hadir. Memang best sangat sampai semuanya tak sedar jam dah 1.00 pagi. Masing² berkongsi pengalaman bagaimana mula² berblog, camne boleh masuk KBBA9 dan macam² lagilah. Paling seronok bila dapat sedut ilmu tentang bisnes dari Ezza dan ilmu berblog dari founder KBBA9 sendiri, Ben Ashaari. 

Esoknya pulak padang permainan dah menanti kami untuk acara sukaneka yang diuruskan oleh pihak resort. Bukan anak² je tak sabar nak bersukan, mak ayah pun teruja tau! Untuk anak² ada acara rebut gula², cari guli dan musical chair. Untuk mak ayah pulak ada acara boling kelapa, kukur kelapa, dadu gergasi, terompah gergasi dan golek gelung. Semua acara Mas, husband dan anak² masuk, seronok sangat. Sakit perut asyik dok gelak dan sampai nak hilang suara dok jerit bagi sokongan. Gamat sangat weihhh masa tu, lupa segala masalah dan ukhwah kekeluargaan tu semakin akrab.





Habis acara sukaneka maka tamatlah Family Day KBBA9 2017. Lepas makan tengahari semuanya bersiap sedia untuk pulang ke destinasi masing². Tapi sebelum balik wajib abadikan gambar sebagai kenangan. Semua blogger, pasangan dan anak² tersenyum gembira dan puashati dengan event ini. Bukan sahaja dapat bersukaria tapi dapat banyak ilmu, dapat eratkan hubungan silahturrahim di kalangan blogger serta keluarga. Walaupun ada segelintir tu baru je bersua muka tapi macam dah kenal lama, cepat kemesraan tu terjalin! 



Terima kasih De Rhu Beach Resort, Kuantan untuk lokasi yang menarik, terima kasih Kelab Blogger Ben Ashaari sebab anjurkan event hebat ni dan terima kasih rakan² blogger serta keluarga yang hadir dan gamatkan suasana. Moga ketemu lagi!

Menarik ni, jom baca: Cara merawat ekzema dan psoriasis

3 ulasan:

  1. wow... seronoknya... semoga ukhwan terjalin erat... :)

    BalasPadam
  2. seronoknya berfamily day...nak ikut juga next time :)

    BalasPadam
  3. bestnyaaa. dpt eratkan hubungan antara blogger dan family sndiri.. dapat baju lg tu. hehe.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com