Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 13 Julai 2017

Kawal perasaan mengidam

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas dah 5 kali mengandung, dan setiap kali hamil tu tipulah kan kalau tak teringin atau mengidamkan sesuatu. Tapi mengidam benda yang pelik² tu belum pernah lagilah, setakat mengidam nak makan itu ini je. Makanan yang diidamkan tu pulak bukanlah makanan yang pelik², kalau tak naya jugak husband nak mencarinya. Hehehee! 


Tapi tahap mengidam Mas bukanlah yang extreme sampai kalau tak dapat menangis tak henti² atau merajuk ke. Mas cuba jugak kawal perasaan mengidam tu tapi dalam masa yang sama suruh jugak husband cuba dapatkan. Kalau tak dapat jugak Mas akan pujuk diri dan baby dalam perut, mungkin bukan rezeki Mas nak makan. Mungkin lepas bersalin nanti ada lah rezeki tu. Jadi takdelah perasaan mengidam tu terlampau menguasai. 

Pengalaman mengidam untuk setiap anak yang dikandung tu memang ada, macam masa Atikah Mas tak ingat sangat sebab dah 14 tahun berlalu kan? Kalau masa Arfan, Mas mengidam nak makan emping beras. Cari dekat kawasan Selangor memang payahlah nak jumpa, jadi pujuk husband ajak balik ke Temerloh sebab hanya di Pekan Sehari Temerloh je ada jual. 

Masa Airis pulak mengidam nak makan buah rambutan, padahal masa tu bukan musim rambutan berbuah. Semua pasar malam, pasar tani dan kedai buah husband cari tapi takde. Kecewa jugaklah, cuba pujuk hati untuk anggap itu bukan rezeki. Tapi kalau Allah dah tentukan ada rezeki, maka Insya Allah kita akan dapat. Tetiba ada suatu petang tu balik dari kerja ternampak pokok rambutan pakcik ni berbuah, cuma buahnya tak banyak. Ada lah dalam 2-3 tangkai dan dah masak ranum buahnya. Terus cakap dengan husband minta beli dari pakcik tu, dapat 2-3 biji pun jadilah. Rezeki Airis dalam perut masa tu, pakcik tu bagi 2 tangkai. Percuma je katanya, khas untuk Mas yang mengidam!


Begitulah bila kita mengidam ni, kena sabar kalau apa yang diidamkan susah nak dapat. Pastu husband pun kena jugak memahami sebab ia bukan kehendak isteri tu tapi naluri dan pembawakan mengandung yang mengatasi segalanya. Cuma kita kena kawal jugak perasaan mengidam tu dan redhalah kalau takde rezeki nak dapat kan? 

2 ulasan:

  1. IQ dulu mengidam kek kitkat, mula2 susah gak nak dapat, sampai menangis xdapat...last2 dapat jugak. hehe

    BalasPadam
  2. kemain ngidam eh. hehehehe.. lama dah x ngidam ni. skrg asik nak jalan je.. hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com