mrs secretary

Rabu, 12 Julai 2017

Sikap ketika jamuan raya

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam berlangsungnya Jamuan Raya KKM, memang dah jadi acara wajib setiap tahun. Selain jamuan raya ia adalah sesi ramah mesra YB Menteri Kesihatan dengan warga KKM, dapatlah semua merasa selfie dengan Menteri. 


Tapi setiap kali jamuan raya ni diadakan pasti akan ada sikap buruk, malah sikap ni setiap tahun sama je. Bukan Mas nak kata semua buat perkara yang sama tapi ada segelintir yang pentingkan diri dan perut sendiri. Padahal yang datang makan tu bukan sedikit, hampir semua warga IPKKM. Jadi kenalah bertimbang rasa dan jaga cara serta sikap kita kan? 

Sikap yang tak boleh blah ialah tak reti nak beratur bila ambil makanan. Nampak makanan macam 2 bulan tak makan, terus serbu tanpa pandang kiri kanan. Padahal dah nampak orang lain elok je beratur nak ambil makanan tapi dia tetap nak celah² dari depan. Pastu dengan muka selamba dan rakus ambil makanan tanpa pedulikan orang yang beratur tu. Mas memang tak respeklah orang camni!


Lagi satu sikap membazir. Masa ambil makanan seolah² 2 hari tak makan, sampai penuh pinggan. Semua jenis makanan dia ambil, macam ada 2-3 perut pulak. Tapi bila makan tak habis dan dibiarkan atas kerusi atau meja, kadang tu ada makanan yang tak diusik langsung. Memang sedihlah tengok makanan terbiar camtu, kalau tak kerana dek sifat tamak ni orang lain boleh makan makanan tu. 

Pastu sikap dok tapau makanan bawak balik, haaa memang melampau sangat ni. Jamuan ni jamuan terbuka jadi semua makanan adalah untuk orang yang hadir, bukan untuk ahli keluarga lain di rumah. Tapi tetap ada segelintir yang ambil makanan dan bawa balik ke rumah, bukan sekali dua ambil malah berkali². Dia nak tapau untuk jiran tetangga sekali kot? Yang tak menahan siap bawak beg plastik tu, tepuk dahi Mas tengok! 


Bagi Mas kalau kita pergi ke jamuan sebegini berpada²lah bila makan, ingat orang lain jugak. Jaga sikap dan perangai sebab ramai orang yang perati apa yang kita buat.

4 ulasan:

  1. Kalau beratur mungkin sistem tue akan lebih cepatkan,tak der la bertolak-tolak .. sepanjang CCL g umah terbuka , tak pernah lagi tapau makanan even pihak open house kasi

    BalasPadam
  2. betul tu kak mas, bab2 ni paling la kurang gemar dengar masa jamuan raya. kesian orang lain yang masih tak dapat makanan.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com