terkini dan sensasi

Jumaat, 7 Julai 2017

Tabiat kaki wayang terpaksa dikurangkan

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh banyak betul filem² menarik tak berkesempatan nak tonton di pawagam, bukan takde masa tapi fikirkan harga tiket yang semakin mahal sekarang. Rasanya banyak jugak filem yang tak dapat tonton, yang paling akhir tengok pun Fast & Furious 8. Pastu filem terbaru dan menarik memang belum dapat tengok macam Pirates of Carribean, The Mummy, Transformers dan yang terbaru ni Spiderman.


Mas dengan husband memang kaki wayang, dari zaman bujang lagi. Tanya je filem apa yang kami tak pernah tonton dedulu, semua pernah. Pantang ada filem baru, panjanglah langkah kami ke pawagam. Dulu Mas simpan jugak semua tiket² filem yang dah tengok, tapi entah hilang ke mana dah koleksi tu. Kalau kumpul duit tiket wayang tu boleh beli sebijik motorsikal kot, hehehee! 

Tabiat kaki wayang tu berlarutan hinggalah ke dah kahwin dan ada anak. Ada je filem baru memang tak lepaskan peluang pergi tengok, bila anak dah besar dalam usia 4 tahun gitu siap bawa masuk pawagam lagi. Tapi itu dululah masa tiket wayang masih harga murah, tak sampai RM10 untuk seorang. Sekarang bila tiket dan semakin mahal, tabiat kaki wayang tu terpaksa dikurangkan


Yelah mana taknya, sekarang harga tiket untuk seorang dewasa dah cecah dekat RM20, kalau kanak² dekat RM10. Kalau kami 5 beranak dah lebih RM50 untuk tiket sahaja, belum masuk air dan popcorn nak makan dalam pawagam. Haaaaa memang fikir 2-3 kali dah sekarang kalau nak pergi menonton wayang satu keluarga. Bila ada rezeki lebih barulah dapat tengok, itu pun kadang² 2-3 bulan sekali. 

Jadi sekarang tunggu jelah filem² terbaru tu main kat Astro Best, tebus point Astro Circle bolehlah tengok. Memanglah tak sepuashati tengok wayang tapi lebih jimat sikit kan? Nak buat camne tak mampu sangat dah nak tonton wayang sekarang, duit lebih penting ke perkara lain. 

5 ulasan:

  1. Tengok kat astro pun best gak kak mas

    BalasPadam
  2. dulu rajin gak nengok movie.. sekarang je dh slow sikitt
    https://sinarcintaku.blogspot.my/search/label/Movie

    BalasPadam
  3. betullah..tiket memang mahal, lagi-lagi filem luar negara dan panjang. sedangkan bujang terasa mahalnya, inikan pulak yang berkeluarga. ada jugak filem berbaloi tengok kat wayang. tapi tak semua

    BalasPadam
  4. dlu lisa kumpul.. pastu dh buang. ha ah.. skrg tiket melampau huhuhu 19 1 person. phewww

    BalasPadam
  5. syoknyala..nad dh lama tak tengok wayang

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com