terkini dan sensasi

Jumaat, 28 Julai 2017

Tips rambut sihat dengan Serum Rambut FreshR

Assalamualaikum...(^ ^)

"Alaaaaa banyaknya rambut gugur, pastu berbau pulak tu. Apa nak buat ni, buntu dah!" Haaa korang pernah tak hadapi masalah camni, kalau pernah memang kena rawat² cepat tau. Jadi Mas nak kongsikan beberapa tips untuk penjagaan rambut, memang sangat berguna. Pastu nak kongsikan jugak satu produk serum rambut yang dapat atasi masalah ni, jom baca!

Tips elak masalah rambut gugur dan rambut berbau hapak


Masalah rambut gugur dan rambut berbau hapak ni bukan masalah baru dalam kalangan wanita, terutamanya mereka yang berhijab atau bertudung. Seperti yang kita semua sedia maklum, rambut ibarat mahkota bagi wanita. Apabila timbulnya masalah rambut gugur dan masalah rambut berbau hapak, maka ramai wanita akan runsing. Ini, Mas kongsikan beberapa tips untuk korang terutamanya golongan wanita berkerjaya dan memakai hijab/tudung bagi penjagaan rambut. Senang je tips ni, tak banyak modal perlu dikeluarkan. Korang baca sampai habis dan kongsi dengan kawan² jugak tau, sebab banyak tips² ni boleh cuba sendiri di rumah!


Tips penjagaan masalah rambut gugur

1. Gunakan sikat bergigi jarang 
Cuba cari sikat yang bergigi jarang. Dengan cara itu, ia tidak akan menarik rambut sepenuhnya seperti mana sikat normal. Bila rambut asyik sangkut je, ia akan mudah gugur. Untuk mengelakkan rambut gugur masa sikat rambut, apa kata cuba sapu serum rambut yang boleh melicinkan rambut korang. Contoh serum rambut sesuai ialah FreshR, korang boleh tengok di website www.freshr.my untuk info.

2. Hilangkan kusut rambut sebelum syampu
Sebelum membasuh rambut, pastikan ia disikat terlebih dulu supaya kekusutan pada rambut menjadi rapi. Jika korang syampu rambut semasa ia kusut, risiko untuk lebih banyak rambut gugur adalah tinggi. Jadi bila rambut dah tak kusut, senanglah nak syampu kan dan tak perlu nak tarik² rambut tu. Cuma sapu dan ratakan je.

3. Tocang rambut sebelum tidur 
Sebelum tidur, tocangkan rambut dan tarik penghujungnya ke tepi leher. Cara ini dapat mengelakkan rambut gugur banyak dan rambut tak kusut langsung selepas bangun tidur. Kalau korang tak tocangkan rambut tu, ada potensi masa bangun tidur rambut dah berterabur atas bantal/katil.

4. Makan makanan tinggi protein 
Ikan, kekacang seperti soya dan daging adalah sumber makanan yang tinggi protein. Ini kerana kebanyakan makanan yang mengandungi protein turut ditemani faedah B-12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut. Selain mengambil pemakanan tinggi protein, korang boleh menyapu bahan² yang tinggi protein serta nutrien lengkap untuk rambut seperti Minyak Argan, Jojoba, Aloe Vera dan Minyak Kelapa Dara. Kalau nak beli satu² bahan ni, agak mahal dan susah nak jumpa kan? Jadi apa kata beli 1 produk yang ada kesemua bahan ni, korang boleh tengok produk FreshR di www.freshr.my.

5. Berhenti gunakan haba pada rambut
Elak keringkan rambut guna mesin pengering rambut. Haba panas akan buat akar rambut lemah dan boleh mematahkan rambut, biar je rambut kering dengan udara. Kalau nak lagi cepat, korang duduk depan kipas. Jadi takde haba, tapi angin dari kipas akan menolak air pada rambut dan membuatkan rambut lebih cepat kering.


6. Berhenti warnakan rambut
Pewarna rambut tentunya mengandungi bahan kimia di mana ia kemudian menyerap ke dalam helaian rambut sehingga ke akar. Lebih² lagi kalau korang ingin menukar warna rambut, ketika itu tukang rambut akan menggunakan sejenis kimia penanggal untuk proses bleaching.

7. Minum banyak air putih
Minum 4-8 gelas sehari air akan menyalur kelembapan pada rambut malah menggalakkan rambut supaya lekas tumbuh. Korang jugak boleh cuba gunakan FreshR sebab serum rambut FreshR boleh bantu mempercepatkan pertumbuhan rambut dan dalam masa yang sama menguatkan akar rambut sebab adanya kandungan Argan dan Jojoba Oil. 

8. Pakai minyak kuatkan rambut
Gunakan minyak natural seperti Minyak Argan atau kelapa untuk disapu pada kulit kepala mahupun keseluruhan helaian rambut. Tak perlu banyak, cukup sekadar 5-7 titik minyak untuk disapu rata ke seluruh bahagian kepala. Untuk penjagaan lebih baik, gunakan produk yang mengandungi pelbagai nutrien penting untuk rambut termasuk Argan Oil, Aloe Vera Extract dan jugak Virgin Coconut Oil. Korang boleh cuba produk FreshR untuk bantu kuatkan semula akar rambut, dapatkan info lanjut produk FreshR di www.freshr.my.

9. Jangan ikat rambut terlalu ketat
Gunakan getah lembut seperti getah yang diperbuat dari fabrik baldu. Harus diingatkan jugak sanggul tersebut jangan diikat terlalu kuat, jarakkan sedikit ikatan getah dengan kulit kepala supaya ikatan tersebut tidak akan menarik bahagian akar rambut sehingga membuatkannya lemah.

10. Basuh rambut selang 4-7 Hari
Basuh rambut 4-7 hari sekali kerana mencuci dengan kerap akan buat keadaan kulit kepala dan rambut jadi terjejas di mana syampu menarik keluar minyak semulajadi yang dihasilkan kulit kepala. Ingat, syampu pada bahagian kulit kepala dan elakkan menggosok syampu pada helaian rambut.


Tips penjagaan untuk elak rambut berbau hapak
Sebagai perkongsian dan manfaat tambahan untuk korang, di sini Mas kongsikan 7 tips mudah untuk mengatasi masalah rambut berbau busuk atau berbau hapak terutama bagi kalangan wanita yang berhijab atau bertudung. Senang je tips ni, tak perlu mengeluarkan apa² modal yang mahal pun.

Setiap folikel rambut mengandungi kalenjar sebaceous yang melekat padanya dan hasilnya kalenjar ini akan mengeluarkan minyak. Minyak yang banyak akan menyebabkan rambut dapat menangkap asap dan bau²an lain sekaligus membuatkan rambut menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Ada yang menyatakan keadaan psikologi seseorang jugak mempengaruhi pengeluaran bau rambut. Jadi kaum wanita terutamanya disarankan agar sentiasa menjaga kesihatan minda supaya tidak berfikiran negatif. Jom kita tengok apa 7 tips untuk mengatasi rambut berbau busuk.


1. Penggunaan tuala
Tuala memainkan peranan yang penting untuk mengeringkan rambut setelah kita mencuci rambut. Sebaiknya gunakan tuala yang lembut dan lapkan dari bahagian atas rambut sehingga ke bawah. Langkah ini hendaklah diulang beberapa kali dan kemudian biarkan rambut kering dengan sendirinya. Elakkan menggosok rambut dengan kasar dan pastikan rambut kering sebelum memakai sebarang produk atau memakai hijab/tudung. Boleh gunakan minyak rambut yang sesuai seperti FreshR sebelum memakai hijab/tudung. Dapatkan info FreshR di www.freshr.my.

2. Sikat dan sisir rambut
Buat yang jarang menyikat rambut tu eloklah selepas ni rajin²kan diri korang sikat dan sisir rambut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memastikan akar rambut dan kulit kepala dalam keadaan baik. Semasa nak sikat tu, kalau rambut tersangkut di skala 4 atau 5 atau 6, korang boleh sapukan sedikit minyak atau serum rambut yang sesuai seperti FreshR. Serum FreshR bukan sahaja membantu menghilangkan masalah bau hapak di rambut, tapi dalam masa yang sama boleh membantu melicinkan rambut kerana terdapat bahan nutrien untuk rambut seperti Argan Oil dan jugak Jojoba Oil

3. Guna air sejuk
Ramai yang keliru dan salah faham tentang penggunaan air semasa mencuci rambut. Sebaiknya gunalah air sejuk untuk mencuci rambut dan bukannya air panas. Penggunaan air sejuk amat berkesan untuk mendapatkan kesegaran kulit kepala secara optimum.

4. Minum banyak air
Minum air putih yang banyak sekurang²nya 3 liter dan elakkan minuman berkafein seperti kopi dan nescafe. Pengambilan kafein yang banyak dikatakan boleh menyebabkan peningkatan suhu tubuh. Apabila suhu tubuh meningkat, maka rambut korang akan mula mengeluarkan bau daripada haba yang keluar dari liang roma di kulit kepala. Oh ye, dalam masa yang sama kalau korang nak sejukkan kulit kepala, boleh cuba sapu sedikit minyak serum rambut FreshR dan ratakan bagi meresap dalam kulit kepala. Selain ada Argan Oil dan Jojoba Oil, Serum Rambut FreshR jugak ada kandungan Minyak Pudina yang menyegarkan dan menyejukkan kulit kepala. 

5. Kurangkan makanan pedas
Bagi penggemar makanan pedas dinasihatkan kurangkan pengambilan makanan jenis ini kerana makanan pedas akan menggalakkan pengeluaran peluh. Peluh akan menyebabkan rambut berbau jadi kalau kebetulan korang keluar rumah ada makan makanan pedas², jangan lupa bawa FreshR Serum Rambut dalam beg. Senang, kalau kulit kepala dah mula gatal dan berbau tu terus sembur je sedikit kat kepala korang. Terus segar semula rambut yang berbau hapak tadi. 

6. Cuci rambut setiap hari
Untuk elakkan rambut berbau cucilah rambut setiap hari, kulit kepala jugak hendaklah dibersihkan dengan sebaiknya. Gunalah syampu yang mengandungi antibakteria. Selepas mandi, lap kering dan sapu serum rambut FreshR agar memastikan kesegaran rambut korang terjaga sepanjang hari. Serum rambut FreshR ni mampu bertahan sepanjang 12 jam dan rambut terus segar tanpa bau. 

7. Hindari stress
Stress boleh menyebabkan seseorang itu cepat berpeluh, jadi elakkan stress yang keterlaluan. Kalau korang stress, terus urut² sikit kepala sambil picit dan sapu sikit FreshR. Baunya yang wangi dan aroma pudina yang sejuk tu akan menyegarkan kepala. Secara tak langsung, masalah stress tu akan berkurangan dan rambut kembali segar. Jadi bila stress kurang, rambut segar, kepala ringan dan wangi serta prestasi kerja korang pun akan meningkat!


SERUM RAMBUT FRESHR : Merawat masalah rambut gugur dan rambut berbau hapak

klik gambar untuk order   

Ok , dari tadi Mas dok sebut pasal FreshR kan? Mesti korang tertanya² apa bendalah FreshR ni, meh sini nak cerita sikit. Baca hingga noktah terakhir tau!

Apa tu FreshR?
FRESHR adalah sejenis serum rambut yang mampu memulihkan masalah keguguran rambut, masalah kulit kepala panas, berkelemumur, rambut bercabang serta masalah rambut kering. FRESHR jugak bagus untuk rambut yang berbau, kulit kepala yang berpeluh, kulit kepala gatal, migrain dan untuk mengurangkan rasa stress. Ini kerana produk FRESHR mengandungi Ekstrak Semburi yang jugak dikenali sebagai Swertia Japonic. Ia berfungsi untuk merangsang pertumbuhan rambut baru dan jugak boleh mengelakkan keguguran rambut dan memulihkan sel rambut yang telah rosak. 

FRESHR mengandungi beberapa jenis minyak dan antaranya ialah Minyak Kelapa Dara. Ia membantu untuk melindungi rambut daripada kusam dan berbau yang terdedah kepada matahari. Ia jugak menyuburkan rambut dan boleh dijadikan sebagai conditioner kerana ia jauh lebih cepat meresap beranding dengan conditioner yang sedia ada. Selain itu, ia jugak berfungsi untuk menaikkan warna rambut sekaligus menyihatkan kulit kepala kita. Dengan adanya minyak kelapa dara, rambut akan lebih lembut dan tidak mudah kering. 

Minyak Argan jugak merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk menghasilkan FRESHR. Seperti yang diketahui, minyak argan mempunyai banyak fungsi iaitu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut dan sekaligus mempercepatkan pertumbuhan rambut yang baru. Ia jugak membantu menjaga kulit kepala agar selalu bersih dan menghilangkan kelemumur.

FRESHR jugak mengandungi gel lidah buaya atau dikenali sebagai Aloe Vera. Ia mampu menghitamkan dan memberi kilauan pada rambut serta membuatkan rambut kelihatan lebih sihat dan tidak kusam. Selain itu ia jugak mengurangkan kesan berminyak pada rambut kita. Kebanyakkan produk penjagaan rambut akan mengakibatkan rambut lebih berminyak namun fungsi gel lidah buaya di dalam FRESHR ini adalah untuk mengawal minyak pada rambut.

Selain itu, FRESHR jugak mengandungi Minyak Jojoba yang merupakan tumbuhan asli berasal daripada Arizona Selatan. Minyak jojoba membantu merawat masalah rambut kering dan dapat menghilangkan kelemumur di kepala. Ia jugak membantu meningkatkan pertumbuhan rambut dan mencegah rambut patah serta rambut bercabang. Hasilnya, rambut akan lebih kuat daripada sebelumnya dan tiada lagi masalah keguguran rambut.

    
  
FRESHR bukan sahaja memfokuskan kepada penjagaan kulit kepala dan rambut, malah ia dapat mengurangkan migrain dan stress seseorang. Ini kerana FRESHR jugak mengandungi Melaleuca Leucadendra ataupun dikenali sebagai Minyak Kayu Putih. Minyak kayu putih dapat membantu meringankan sakit² kepala atau pun pening dek kerana stress serta tekanan kerja harian. Bau ekstrak pudina yang menyegarkan daripada FRESHR jugak berkesan untuk mengelakkan rambut daripada berbau setelah satu hari melakukan aktiviti terutama sekali bagi kaum wanita yang bertudung. Ekstrak pudina jugak boleh membunuh kutu rambut sekiranya digunakan secara berterusan setiap hari. 

FRESHR merupakan produk pertama di Malaysia yang menggunakan kombinasi 5 jenis bahan asas untuk keperluan nutrisi rambut anda yang bukan sahaja mampu mengatasi masalah rambut, malah boleh melegakan sakit kepala, migrain dan juga stress. Jadi kalau korang tercari² satu produk yang ada kombinasi semua bahan² yang tinggi nutrien untuk rambut, FRESHR adalah jawapannya! 

Korang nak cuba FreshR? Ok jangan tunggu lama², klik laman web FRESHR di www.freshr.my atau terus order melalui talian +60173673630 (klik nombor guna phone dan whatsapp untuk pembelian)


TESTIMONI FRESHR









12 ulasan:

  1. Model cikma hihiii..
    Dulu dkna pon ada mslh rambut bau hapak sebab lepas mandi terus pakai tudung p keje..huhu

    BalasPadam
  2. Good sharing kak mas untuk tips masalah rambut ni. Freshr tu menarik je!

    BalasPadam
  3. wah.. good tiips.. kadang pakai sikat yg rapat byk rambut tertarik sekali. org perempuan mmg rambut gugur kan.. nanti cekidout serum nih...

    BalasPadam
  4. Menarik laaa...macam dah terpengaruh ni..
    Nanti nak cari

    BalasPadam
  5. Ade gak masalah rambut gugur.. Thanks sharing

    BalasPadam
  6. bagusnya serum ni..bolehlah hilangkan bau hapak especially yang untuk berhijab

    BalasPadam
  7. dah pakai ..rasa sejuk sejuk macam mana gituu

    BalasPadam
  8. Byk kata serum ni sejuk kan.. x sbr gak nk try

    BalasPadam
  9. Bagusnya produk ni. Produk camnilah yang dicari2

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com