Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 11 Ogos 2017

Airis tak berjaya ke Pra Sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

Sekali lagi "Dukacita dimaklumkan permohonan tidak berjaya." 

Sekali lagi kami sedih dan terkilan, sebab memang berharap sangat Airis dapat ke Pra Sekolah tahun depan. Lagi pun dia dah umur 6 tahun, pastu dia pun dah tak sabar sangat nak sekolah macam kakak dan abang. Tapi nak buat camne, takde rezeki Airis!

Bila dah dapat keputusan tu terus husband ke sekolah untuk bertanya sebab tak berjaya, yelah kalau boleh kami nak jawapan yang memuaskan hati. Pastu cikgu pun maklumkan sekarang keputusan masuk ke Pra Sekolah semua PPD yang uruskan, sekolah tak boleh masuk campur. Kegagalan Airis diterima adalah disebabkan merit pendapatan melebihi RM3k.


Hurmmm Mas dah agak dah, sekarang orang bekerja gaji beribu² memang tak layak kot nak masukkan anak ke sekolah kerajaan. Walaupun kita kerja kerajaan ia tetap tak membantu, semuanya berdasarkan merit. Walau hakikat sebenarnya pendapatan kasar Mas dan husband lebih RM3k sebulan tapi tak  semestinya kami mampu nak hantar anak ke tadika swasta. Banyak lagi tanggungan lain yang perlu kami fikirkan. 

Memang boleh buat rayuan tapi jangan berharap sangat boleh dapat, pasti ada banyak tapisannya nanti. Pastu merayu pulak boleh sekali je dan secara online sahaja. Nak merayu kat sekolah yang dipohon memang jangan haraplah, semua kena melalui PPD. Mas merayulah jugak tapi berharap tu memang taklah, kecewa dah rasa.

Sekarang Mas cuba mohon dekat Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan, harap ada kekosongan. Tapi kalau tak dapat jugak terpaksalah sambung je sekolah kat Tadika Pasti tu. Nak buat camne kan, janji anak dapat bersekolah. Insya Allah ada duit simpanan untuk tampung persekolahan mereka. 

Harap kemasukan Airis ke darjah satu tahun depan takdelah tengok merit pendapatan jugak, kalau tak haru nak sekolahkan anak ke sekolah swasta!

9 ulasan:

  1. Kebetulan juga kalau sekolah tu memang permintaan tinggi Kak Mas, tak dapatlah. Macam di kawasan Lynda, sekolah tu tak ramai murid jadi kebarangkalian diterima tinggi tapi still tgk pendapatan keluarga

    BalasPadam
  2. Betul tu mas, pendapatan sekarang ni walaupun beribu ribu, tapi untuk yg ada ramai anak tiga empat org apatah lagi yg ramai anak n semua anak2 still sekolah, mmg tak la mampu kalau nak hantar pi sekolah swasta ... belanja semua dah naik n terasa mahallnya ... semoga mas murah rezeki dapat hantar airis kat sekolah yg mas nakkan ...

    BalasPadam
  3. Macam tu pulak dah....susah jugak macam ni...huhu...semoga dipermudahkan semua urusan

    BalasPadam
  4. anak saudara IQ pun tak dapat masuk Pra Sekolah untuk tahun ni, tak tahu la sebab apa, susah betul nak masuk Pra Sekolah rupanya.

    BalasPadam
  5. Swasta mmg x mampu.. huhu

    BalasPadam
  6. Semoga berjaya permohonan Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan

    BalasPadam
  7. Anak sy pun xde rezeki nk ke praselolah w/pun pendapatan hanyarm1800 dan anak yg bersekolah seramai 5 org. Rayuan tlh dibuat namun gagal. Apa yg lebih kecewa ada yg berpendapatan rm2500 tanggungan 2 org, diterima msik ke prasekolah... Kecewakan cara pemilihan dibuat. Nampak tidak telus di situ

    BalasPadam
  8. ank saya pown tak dpt sis..blm tau lg sbb ape tak dpat..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi sis ..anak awak tahun ni dah sekolah ?

      Padam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com