Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 18 Ogos 2017

Babymoon sebelum bersalin

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaaaa kekonon acah² babymoon sebelum beranak ni, bukan jauh pun ke Cherating je. Lagi pun sejak mengandung memang takde bercuti ke mana pun, maklumlah alahan teruk dan kesihatan diri tak mengizinkan. Kali ni berjaya jugak pujuk husband ajak pergi, nak sangat merasa jalan² sebelum bersalin ni. Walaupun dah agak sarat tapi masih mampu lagi, moga semuanya dipermudahkan. 


Percutian ni pun bukanlah yang kami rancang tapi kebetulan ada Family Day KBBA9 ke Cherating Pahang, jadi apa lagi ambillah peluang sertai sekali. Di samping dapat bercuti bolehlah jumpa rakan² blogger yang turut serta. Lagi pun lama jugak dah tak sertai aktiviti KBBA9 ni, akhir sekali masa photoshoot raya tu. Tak sabar nak jumpa mereka semua, pasti seronok!

Sekarang pun Mas dah dalam perjalanan ke sana, saja gerak awal sebab nak singgah rumah mak mertua dulu kat Kuantan. Nanti lepas solat Jumaat barulah gerak ke Cherating Pahang. Kat sana nanti akan menginap di Legend Cherating Beach Resort, pertama kali Mas menginap kat situ. Mas dah tengok website dia, memang cantik sangat resortnya. Pastu terletak tepi pantai dan ada kolam yang besar, haaaaa seronoklah anak² Mas. Konpem berendam sampai kecut nanti!


Uishhh tak sabarnya nak sampai sana. Tak sabar nak ikut aktiviti² menarik yang dah disediakan oleh pihak resort dan nak jumpa keluarga KBBA9. Moga semua dipermudahkan dan berjalan lancar!

2 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com