Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 17 Ogos 2017

Scan jantina baby

Assalamualaikum...(^ ^)

Akhirnya semalam pergi jugak scan jantina baby kat klinik swasta setelah lama dok tangguh, lagi pun dah 8 bulan kan? Pastu scan ni pun senang nak membeli barang² baby sebab memang apa persiapan pun Mas belum beli lagi. Takdelah banyak barang nak beli tapi lebih mudah kalau dah tau jantina kan?


Jeng³, apa jantinanya? Sebenarnya dah kali ketiga Mas scan jantina ni, lagi 2 kali kat klinik kerajaan. Masa pertama kali scan doktor cakap nampak macam perempuan cuma tak berapa jelas, masa tu baru 26 minggu. Pastu kali kedua masa kandungan 30 minggu, Mas minta lagi sekali doktor kat KK tengokkan jantina baby. Lagi sekali doktor cakap nampak macam perempuan jugak, 80% tepat katanya.

Mas masa tu takdelah kecewa, bersyukur je walau apa pun jantina baby. Memang naluri kuat dok rasa baby lelaki, tapi kalau Allah dah tetapkan dia perempuan Mas tetap redha. Janji anak yang dilahirkan selamat, sihat dan sempurna sifatnya. Cuma Mas kesiankan Arfanlah, sebab dia berharap sangat nak adik lelaki. Biasalah kan, nak ada kawan main bola bila dah besar nanti.

Pastu semalam Mas scan jugaklah kat swasta untuk puaskan hati, manalah tau nampak jelas jantinanya. Mas buat scan 2d je, malas nak membazir duit buat 3d, 4d, 5d atau 6d ke. Lagi sekali doktor cakap 80% kemungkinan baby perempuan sebab tak nampak langsung macam bentuk telur, hehehee! Masa scan tu elok je baby dok kangkang kaki dia, puas jugak Mas tengok memang tak nampak ciri² macam baby lelaki. Nampak jelas macam berbelah je kat celah kangkang dia tu!


Jadi apa reaksi Arfan? Memula cakap tu dia sedihlah jugak, bergenanglah airmata. Tapi Mas dan husband cakap takpelah, perempuan pun tetap adik abang. Boleh je main sama² nanti, cuma tak boleh main bolalah. Airis pulak tak kisah sangat dia, perempuan atau lelaki ke dia tetap teruja. Lagi tak sabar nak tunggu adiknya lahir!

Minggu cuti sekolah nanti bolehlah pergi membeli barang² apa yang takde. Baju baby memang Mas tak beli, pilih je baju Airis yang ada dan basuh. Pilih yang unisex, manalah tau tetiba lahir nanti keluar lelaki ke? Hehehee, masih mengharap jugak tu!

3 ulasan:

  1. yang penting bayi lahir sihat dan selamat... hehe apapun semoga semua dipermudahkan

    BalasPadam
  2. Yang penting sihat sempurna hendaknya...
    Moga² nanti kuar Boy ehh... Hehee
    Sesama doakan gak.

    BalasPadam
  3. Atau baby perempuan yang boleh ajak main bola pun ok. Anak ketiga saya dulu ingatkan lelaki. Bila scan perempuan. Rasa masa mengandung macam lelaki.

    Keluarnya perempuan.

    Tapi lasak dan daya tahan dia macam lelaki. Masih girly cuma ada tegas dan kuat daya saing.

    Janji keluar sihat dan sempurna semuanya kan :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com