terkini dan sensasi

Ahad, 4 Februari 2018

Boling Persahabatan Bersama Media 2018

Assalamualaikum...(^ ^)


Haaaaa akhirnya Mas kembali ke gelanggang boling setelah hampir 2 tahun tak beraksi, fuhhh hari ni habis lenguh² satu badan. Lama tak angkat bola boling, lama tak membaling jadi memang sakitlah badan. Tapi takpe, itu tandanya dia suruh kembali aktif tu. Hehehee!

Kali ni Mas main mewakili KBBA9 bersama 3 rakan blogger iaitu Ben, Saidila dan Umminani di Boling Persahabatan Bersama Media 2018. Kami dijemput oleh Lembaga Zakat Selangor, terima kasih LZS. Kali ni kejohanan ini dianjurkan oleh LZS dengan kerjasama agensi² agama di negeri Selangor. Lebih 20 media menyertai kejohanan ni, antaranya Berita Harian, Utusan, RTM, Kosmo, Bernama dan banyak lagi.


Kejohanan boling ni diadakan bukan sahaja untuk merebut gelaran juara, tapi bagi mengeratkan lagi silahturrahim sesama rakan media. Yelah kan, para media ni banyak membantu LZS dalam menyebarkan berita mengenai peranan LZS serta tentang kepentingan membayar zakat. Kami sebagai blogger jugak turut membantu menyebarkan berita yang sahih dan tepat bagi membuka mata masyarakat betapa pentingnya membayar zakat. 

Selesai bermain 3 games kami dari KBBA9 berjaya mendapat tempat ke 16, haaa pencapaian yang bagus jugak tu. Lagi pun kami bermain pun tanpa latihan, pulun je! Yang penting dapat sertai kejohanan ni pun dah cukup seronok! Juara untuk kejohanan ni kalau tak silap dari RTM, memang terbaik diorang! 



Tahniah pada semua yang menyertai kejohanan ni, dan tahniah jugak pada LZS dan agensi lain yang berjaya menganjurkan kejohanan boling tahun ni. Moga ketemu lagi di kejohanan akan datang!

2 ulasan:

  1. syoknya main bowling, lama xmain..huhu..

    BalasPadam
  2. Tempat ke 16 ok lah tu dari tak ada tempat. Hehehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com