terkini dan sensasi

Jumaat, 6 April 2018

Homemade Susu Kurma

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaaaa nak tambah susu badan punya pasal, macam² ikhtiar Mas cuba. Selain ambil supplemen, pemakanan pun Mas kena jaga. Kadang dari pemakanan tu boleh merangsang pertambahan susu badan, janji kita amalkan. 


Sebelum ni Mas pernah minum susu kurma ni, tapi beli yang Farm Fresh tu. Memang sedap dan bagus untuk milk booster tapi nak beli hari² tak mampu jugak kan, harga boleh tahan. Jadi Mas terfikir nak buat sendiri, beli susu segar dan kurma je. Sebenarnya bukan sahaja sebagai milk booster tapi sebagai sarapan awal sebelum Mas makan, alas perut dulu. Yelah bangun pukul 4 pagi pastu ditambah dengan menyusukan Aiyra sebelah malam, jadi perut pun cepat lapar. Bila buat susu ni bolehlah minum dulu sebagai alas perut sebelum ambil sarapan pagi yang berat.

Nak buat senang je, Mas hanya kisar 6 ulas kurma bersama ½ cawan susu segar Dutch Lady je. Tak perlu tambah gula ke, madu ke atau air masak. Pastu dah sedia untuk diminum, memang sedap! Pastu boleh tahan kenyangkan perut sementara nak makan sarapan. Lagi satu bila sampai waktu mengepam memang hasil dapat pun meriah. Alhamdulillah tak sia² Mas amalkan. 


Nanti Mas akan kongsikan pulak susu kambing yang bagus dan sebagai milk booster jugak, memang sedap susu tu. Haaa tengok macam² milk booster Mas, semuanya demi nak susukan Aiyra sehingga dia 2 tahun. Harap dipermudahkan dan sedikt sebanyak milk booster ni membantu!

3 ulasan:

  1. Kak shaz mmg bf baby dr anak ptama shingga 2 tahun.. anak kedua pun sama.. satu benda kak shaz tak pernah tinggal.. kurma dgn madu. Sbb kak shaz tak minum sgt susu.. hehe.. mmg penggemar kopi. Alhamdulillah.. meriah sungguh anak minum.

    http://www.byshaz.blogspot.my

    BalasPadam
  2. wah ini lagi sedap dan berkhasiat ni

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com