terkini dan sensasi

Rabu, 2 Mei 2018

Selamat Hari Lahir Mas!

Assalamualaikum...(^ ^)

39 tahun dah ai, tahun depan dah masuk angka 40an. Jadi kena hargai umur 30an ni selagi berbaki, hehehee! Walaupun orang kata dah tua, tapi ai tetap perasan muda. Haaa gitu!


Alahhh sebenarnya Mas tak kisah pun pasal umur, setiap tahun ia akan tetap bertambah walau apa keadaan sekali pun. Jadi apa nak dirahsiakan umur tu, takde pulak orang makin muda kalau setiap kali hari lahir kan? Apa yang Mas nak cuma habiskan saki baki umur tu dengan perbanyakkan amal ibadat. Pastu nak bahagia bersama suami, anak², keluarga, adik beradik dan sahabat. Itu je yang penting!

Raikan harijadi tu memang tak lah, dah tua kau. Tak payahlah nak meriah sangat, Mas dapat bawak anak² pergi makan dan potong kek dahlah. Sebenarnya lebih nak gembirakan anak² je, mereka suka bila buat semua tu. Jadi sambut harijadi tu lebih kepada anak² je! Anak² pun awal² dah tanya, "Esok birthday mama kita makan kat mana?" Mama senang je jawap, "Tanya babah, dia belanja!" Hahahaa.

Tapi kan ada jugak yang sedih sikit harijadi hari ni, pagi² dah dapat hadiah. Sob³ bukan hadiah kek tau, tapi hadiah bumper kereta tercabut dan calar. Salah sendiri jugak sebab kalut sangat, reverse kereta sampai tak perasan kereta belakang dah dekat. Bummmppp terus langgar, kereta tu calar sikit je tapi kereta Mas yang agak teruk. Haihhh dugaan, nasiblah husband tak marah. Hehehee mendapat hadiah harijadi paling istimewa!

Takpelah kan, sikit je kereta tu. Yang penting ai masih bernyawa dan dapat sambut hari lahir yang ke 39 tahun ni. Moga balik kerja nanti ada hadiah lagi istimewa dari cik abam bomba, manalah tau kan? 

Selamat Hari Lahir Mas! 

3 ulasan:

  1. selamat hari lahir
    semoga umur diberkati Allah
    amin

    BalasPadam
  2. Happy birthday kak mas.. selagi tak pencen kira muda laa.. Hehehe!

    BalasPadam
  3. Happy birthday & semoga sentiasa dimurahkan rezeki

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com